View: 563|Reply: 0
|
[Johor]
Mekanik dipenjara kerana cabul remaja selepas minta tolong dikejar anjing
[Copy link]
|
|
VANDY ketika hadir di Mahkamah Sesyen Muar. FOTO Alias Abd Rani
Muar: Seorang mekanik menerima balasan apabila dipenjara lima tahun serta dua sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas perlakuannya mengambil kesempatan mencabul seorang remaja yang mahu meminta tolong selepas dikejar anjing, Khamis lalu.
Tertuduh, Ly Vandy, 33, didakwa atas perbuatan jijik itu sebelum mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Mengikut fakta kes, kejadian berlaku pada 9.30 malam, 12 Oktober lalu ketika mangsa berusia 14 tahun berjalan berseorangan sebelum ditegurnya namun remaja itu tidak mengendahkannya.
Bagaimanapun, mangsa dikejar anjing sebelum berlari meminta pertolongan dan secara kebetulan, tertuduh menyedari kejadian itu lalu menghulurkan bantuan dengan membawa mangsa menaiki motosikal.
Mangsa dibawa ke rumah tertuduh di sebuah kampung di Batu Pahat sebelum lelaki itu mengambil kesempatan melakukan perbuatan jijik.
Mangsa cuba menghalang tertuduh meneruskan perbuatan terkutuk itu, namun gagal. Pada masa sama, tertuduh juga cuba merogol mangsa namun tidak berjaya.
Mangsa akhirnya berjaya keluar rumah pada 4 pagi sebelum meminta bantuan orang ramai.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama, penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara lima tahun dan dua sebatan dengan hukuman itu dijalankan berkuat kuasa dari tarikh ditahan, 13 Oktober lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... long-dikejar-anjing |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|