CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 572|Reply: 0

[Johor] Tukang masak berdepan hukuman gantung sampai mati miliki, edar dadah

[Copy link]
Post time 19-10-2023 03:23 PM | Show all posts |Read mode

CHEE CHUEN ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kluang untuk bacaan pertuduhan kerana memiliki serta mengedar dadah di sebuah rumah di Taman Sam Hoe, Kluang, hari ini.

KLUANG – Seorang tukang masak mengaku tidak mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, awal bulan ini.

Tertuduh, Wong Chee Chuen, 34, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, Chee Chuen didakwa mengedar dadah berbahaya jenis serbuk methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) seberat 6083.18 gram di sebuah rumah di Taman Sam Hoe, di sini pada kira-kira pukul 11 pagi, 8 Oktober lalu.

Dakwaan dilakukan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta yang sama, sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum mati.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki dadah jenis ketamin sebanyak 7.70 gram di lokasi dan masa yang sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama dan sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh, dan mahkamah menetapkan 13 Disember sebagai tarikh serahan laporan kimia dan sebutan semula kes.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang tukang masak ditahan di rumah sewanya di Taman Sam Hoe di sini kerana disyaki memiliki dadah jenis ekstasi lebih enam kilogram yang dianggarkan bernilai hampir RM450,000.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... -miliki-edar-dadah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.043481 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list