CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4413|Reply: 0

[Kelantan] 1,000 'rider' Kelantan bersolidariti untuk Gaza

[Copy link]
Post time 21-10-2023 10:43 AM | Show all posts |Read mode

Kota Bharu: Seramai 1,000 'rider' daripada 40 kelab motosikal seluruh Kelantan berkumpul bagi menunjukkan solidariti terhadap serangan di Gaza melalui Himpunan Dua Roda Untukmu Palestin (HIROUP) 1.0 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini.

Melalui himpunan berkenaan, pihaknya berjaya mengumpul kutipan dana sebanyak RM8,771 dalam tempoh masa dua jam yang terus diserahkan kepada wakil Cakna Palestin Cawangan Kelantan.

Presiden Kelab Motor Seranta Kelantan Suhaizli Salleh berkata, himpunan berkenaan juga sebagai tanda kebersamaan rider seluruh negeri itu yang memprotes kekejaman yang berlaku terhadap saudara Islam di Palestin.

"Kami juga mengambil peluang melaungkan doa Wehdah beramai-ramai agar dipermudahkan segala urusan barisan pejuang serta rakyat Palestin agar terus dilindungi.

"Perhimpunan ini juga membuktikan bahawa kelompok rider itu bukan sekadar menjalankan aktiviti permotoran semata-mata malah kami juga mempunyai misi tersendiri termasuk menunjukkan solidariti terhadap isu semasa yang berlaku khususnya di Palestin.

"Semoga usaha kami ini sedikit-sebanyak dapat membantu saudara di sana dan himpunan akan terus dijalankan selepas ini supaya lebih banyak dana dapat dikumpul serta disalurkan kepada Palestin," katanya.



SERAMAI 1,000 'rider' daripada 40 kelab motosikal seluruh Kelantan berkumpul bagi menunjukkan solidariti terhadap serangan di Gaza melalui Himpunan Dua Roda Untukmu Palestin (HIROUP) 1.0 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Suhaizli berkata, perancangan untuk mengadakan himpunan berkenaan hanya mengambil masa beberapa hari sahaja, namun tidak menyangka ia mendapat sambutan ramai seterusnya membuktikan golongan rider ini juga peka akan insiden di Palestin.

Sementara itu, seorang peserta HIROUP, Norlin Mohamad, 54, mengakui tidak mahu melepaskan peluang menyertai himpunan berkenaan sebagai tanda solidariti terhadap saudara seagama di Palestin.

"Hampir setiap bulan ada sahaja konvoi motosikal yang saya sertai, namun kali ini semangatnya berbeza demi menunjukkan sokongan dan rasa kasihan terhadap rakyat di sana yang kini sedang berperang.

"Saya juga mengambil kesempatan untuk sama-sama menderma tanpa rasa ragu-ragu selain turut dimaklumkan bahawa semua dana terus diserahkan kepada Cakna Palestin agar disalurkan terus kepada mereka yang memerlukan.

"Sekiranya ada lagi konvoi atau himpunan bagi menunjukkan solidariti terhadap Palestin, saya pasti akan turut serta kerana melalui cara ini sahaja saya dapat membantu mereka iaitu melalui sumbangan dan doa," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lidariti-untuk-gaza

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.079203 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list