View: 4701|Reply: 0
|
[Johor]
Johor sasar jadi 'food bank', tampung keperluan rakyat
[Copy link]
|
|
ONN Hafiz (dua kanan) hadir ke Program Jualan Rahmah diadakan di kawasan parkir Hospital Sultan Ismail (HSI). FOTO Mary Victoria Dass
Johor Bahru: Kerajaan negeri komited bagi menjalin kerjasama dengan kerajaan pusat untuk menjadi 'food bank' demi menangani isu keterjaminan makanan.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bagi tujuan itu pihaknya akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam masa terdekat.
Beliau berkata, dalam keadaan perubahan iklim yang melanda ketika ini, perancangan bagi menangani masalah bekalan makanan adalah amat penting.
"Saya akan berjumpa dengan Datuk Seri Mohamad Sabu pada minggu depan untuk membincangkan perkara ini.
"Kerajaan negeri akan berusaha dengan kerajaan pusat supaya Johor dijadikan food bank," katanya pada sidang media sempena Program Jualan Rahmah di Parkir Awam Hospital Sultan Ismail (HSI) hari ini.
Menurutnya, pemimpin di pelbagai peringkat juga turun padang bagi memantau dan memastikan isu bekalan makanan dapat diatasi.
"Minggu ini saja Program Jualan Rahmah diadakan di 16 lokasi dan akan diadakan secara berterusan merangkumi kawasan dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun parlimen.
"Kita memahami kos sara hidup harga barang naik membabitkan semua rakyat dan pelbagai usaha dijalankan bagi memastikan kesusahan rakyat akan terus terbela.
"Saya juga menjunjung keprihatinan Sultan Johor yang mengurniakan 10,000 kampit beras kepada yang memerlukan baru-baru ini dan sumbangan seterusnya juga akan disalurkan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-keperluan-rakyat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|