CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1554|Reply: 0

[Negeri Sembilan] DAP tidak pernah antiraja - Anthony Loke

[Copy link]
Post time 22-10-2023 04:12 PM | Show all posts |Read mode


Anthony menyampaikan ucapan pada Konvensyen Tahunan DAP Negeri Sembilan di sebuah hotel, pada Sabtu. - Foto Bernama

SEREMBAN - DAP menjelaskan parti itu tidak pernah bersikap antiraja sebaliknya menjunjung tinggi sistem Raja Perlembagaan dan menghormati institusi diraja seperti termaktub dalam Perlembagaan, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke.

Anthony berkata, DAP seringkali dilabelkan antiraja kerana dasar parti itu yang tidak menerima darjah kebesaran dianugerahkan oleh institusi diraja, bagaimanapun DAP tidak menolak penganugerahan itu sekiranya terdapat pemimpin bersara dalam politik dianugerahkan darjah kebesaran tersebut.

"Kita (DAP) selalu dimomokkan dengan perkara itu (dilabel antiraja), dasar kita tidak menerima darjah kebesaran, ia tidak tepat sama sekali, kita tidak pernah bersikap melawan raja, tetapi dasar kita tidak menerima darjah kebesaran itu ditakrifkan sebagai melawan raja, saya jelaskan ia tidak betul," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen DAP kali ke-22 peringkat Negeri Sembilan di sini pada Ahad yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun serta wakil parti Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, Anthony menyeru semua parti politik di negara ini untuk tidak mengamalkan politik ekstrem dengan memainkan sentimen agama dan kaum yang boleh membawa perpecahan dalam masyarakat majmuk.

Beliau berkata, DAP tidak memusuhi mana-mana agama dan kaum di negara ini, namun menjadi kebimbangan apabila sentimen agama dan kaum digunakan sesetengah pihak ia akan menjejaskan keharmonian dalam masyarakat.

"Ini sangat bahaya, seperti di Parlimen, kita dilabelkan sebagai kafir, itu sesuatu yang tidak patut, saya yakin rakan-rakan pemimpin Islam tidak bersetuju (perkara itu). Itu sesuatu yang sangat bahaya, Malaysia mesti kekal aman harmoni," katanya.

Dalam perkembangan lain, Anthony berkata, kerjasama parti itu dalam Kerajaan Perpaduan adalah berlandaskan prinsip Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dan ia satu hubungan yang baik bagi memastikan pentadbiran di negara ini berjalan lancar dengan harmoni.

Beliau berkata, kenyataan MCA bahawa bukan masa yang sesuai ketika ini untuk MCA dan DAP menjalinkan kerjasama menyeluruh adalah pandangan pemimpin parti itu, namun pihaknya fokus dalam memastikan persefahaman yang terjalin dalam Kerajaan Perpaduan diperkukuh demi kesejahteraan rakyat.

"Kita tidak melihat terhadap individu dalam parti, PH dan BN mempunyai hubungan baik. Kenyataan tersebut adalah pandangan masing-masing, MCA merasakan susah untuk bekerjasama itu pandangan mereka, ia tak menjejaskan hala tuju perjalanan kerajaan hari ini," katanya.

Semalam, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon yang ditemui pemberita pada Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda MCA ke-59 berkata, bahawa bukan masa yang sesuai ketika ini untuk kerjasama menyeluruh antara MCA dan DAP, namun kedua-dua pihak boleh mengekalkan kerjasama dalam isu tertentu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.040870 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list