View: 1296|Reply: 0
|
[Terengganu]
Sudah 2 kali adik cuba bakar rumah
[Copy link]
|
|
Rumah dua tingkat hangus dalam kebakaran di Kampung Parit Che Ha, Manir, di sini. Foto FAIZUL AZLAN RAZAK
Kuala Terengganu: "Sudah dua kali ada cubaan adik membakar rumah ini, namun gagal dan api berjaya dipadamkan.
"Namun pagi tadi, selepas kali terakhir lima tahun lalu, adik sekali bertindak di luar batasan sehingga akhirnya rumah keluarga kami hangus terbakar," dakwa Raja Rohani Raja Salim, 51.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 pagi tadi, rumah dua tingkat separuh kekal hangus dipercayai dibakar seorang lelaki berusia 30-an di Kampung Parit Che Ha, Manir, di sini.
Menceritakan kejadian itu, peniaga makanan itu berkata ketika sedang mandi dia terdengar bunyi letupan di luar rumah.
Raja Rohani yang berasa tidak sedap hati meminta suami pergi melihat apa yang berlaku dan mendapati rumah keluarga yang dihuni empat adik beradik tiri terbakar.
"Kediaman milik ayah namun empat beradik yang tinggal di rumah ini. Ayah (Raja Salim Raja Kadir, 74) duduk berasingan tidak jauh dari rumah ini.
"Seorang daripada empat beradik dipercayai masalah kemurungan tinggal seorang diri selepas tiga yang lain keluar bekerja," katanya yang ditemui di sini, hari ini.
Raja Rohani berkata, sebelum ini juga adiknya itu pernah membakar motosikal miliknya sendiri dan tidak menyangka bertindak membakar rumah keluarga.
"Selepas kejadian ini, adik bertindak melarikan diri dan akibat perbuatannya ini juga menyebabkan tiga yang lain hilang tempat tinggal," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 8.30 pagi.
Beliau berkata, sepasukan 17 anggota membabitkan empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati kediaman itu terbakar 80 peratus manakala punca kejadian masih dalam siasatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ik-cuba-bakar-rumah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|