CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1854|Reply: 0

[Johor] Lelaki mengaku bersalah samun remaja dalam lif

[Copy link]
Post time 22-10-2023 05:12 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. FOTO Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Lelaki yang menyamun remaja dalam lif pangsapuri di sini minggu lalu, mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Mohamad Hidayat Daim, 43, yang tidak diwakili peguam pada prosiding di hadapan Hakim Fatimah Zahari turut menolak tawaran ikat jamin RM15,000 dicadangkan Timbalan Pendakwa Raya, S Thiviya.

Dia sebelum itu mengaku bersalah melakukan samun pada jam 3.18 petang 15 Oktober lalu ke atas remaja lelaki berusia 14 tahun dalam lif blok A, Pangsapuri Desa Jaya, Jalan Bayu Puteri 2, di sini, iaitu sebuah telefon bimbit jenis Vivo YISA warna biru gelap.

Mohamad Hidayat didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Thiviya mencadangkan ikat jamin RM15,000, selain tertuduh perlu melapor diri di balai polis sebulan sekali, menyerahkan pasport antarabangsa dan memohon mahkamah memberi amaran kepada lelaki itu supaya tidak mengganggu mangsa.

Namun apabila tertuduh menyatakan tidak mahu diikat dijamin, Fatimah menetapkan 20 November depan sebagai tarikh sebutan fakta dan jatuh hukum.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... un-remaja-dalam-lif

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.172804 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list