View: 2658|Reply: 0
|
MotoGP: Zarco buat kejutan di GP Australia
[Copy link]
|
|
ZARCO mencipta kejutan apabila muncul pemenang pada perlumbaan GP Australia semalam. - AFP
PHILLIP ISLAND, Australia – Drama perebutan gelaran kejuaraan dunia MotoGP semakin hangat apabila pelumba Ducati, Francesco Bagnaia masih mengekalkan statusnya sebagai pendahulu kejuaraan saingan itu selepas menaiki podium tempat kedua di Grand Prix (GP) Australia semalam.
Pada saingan tersebut, pelumba Pramac Racing, Jorge Martin tampil cemerlang selepas mendominasi perlumbaan itu dari pusingan pertama dan dilihat tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangannya semula.
Bagaimanapun, segalanya berubah pada baki dua pusingan terakhir apabila tayar Martin mula hilang cengkaman sekali gus membuka ruang kepada pelumba lain yang mula merapatkan kedudukan untuk mengejarnya.
Pada penghujung perlumbaan, rakan sepasukan Martin, Johann Zarco dilihat menjadi penghalang sebelum memintasnya untuk menjuarai saingan itu dan lebih mengecewakan Bagnaia menaiki podium tempat kedua.
Tempat ketiga menjadi milik pelumba Gresini Racing, Fabio Di Giannantonio dan malang buat Martin apabila pelumba Sepanyol itu sekadar menamatkan saingan tempat kelima.
“Perasaan yang baik apabila kembali meraih kemenangan. Saya bermula dengan baik dan laju mengejar Bagnaia.
“Saya hanya mahu lakukan yang terbaik kerana ketika itu Martin mendahului saingan dihadapan dengan laju. Jadi, saya kekal dengan kelajuan untuk memastikan keadaan tayar saya baik sehingga ke penghujung perlumbaan.
“Selepas saya lihat Martin mula bergelut, saya cuba mengejarnya pada penghujung perlumbaan. Saya gembira dengan kemenangan hari ini,” kata Zarco.
Kemenangan Zarco menyebabkan Bagnaia terus melebarkan kedudukan selaku pendahulu kejuaraan MotoGP dengan kelebihan 27 mata dengan Martin selepas mengumpul 366 mata keseluruhan.
Pastinya perebutan gelaran dunia menjadi sengit sewaktu perlumbaan tersebut beralih ke Grand Prix Thailand yang berlangsung pada 29 Oktober depan dan GP Malaysia pada 12 November nanti.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... an-di-gp-australia/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|