CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4584|Reply: 1

[Selangor] Penganggur ragut beg tangan milik warga emas

[Copy link]
Post time 22-10-2023 05:33 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian ragut itu.

AMPANG JAYA – Penganggur berusia 23 tahun terima padah selepas ditahan polis gara-gara meragut beg tangan milik seorang wanita warga emas di belakang pusat beli belah Paragon Taman Muda, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada wanita tempatan berusia 67 tahun.

“Dalam kejadian kira-kira 3.40 petang itu, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai telah didatangi suspek menaiki motosikal. Suspek kemudiannya meragut bag tangan warna biru di tangan kanan mangsa dan terus melarikan diri.

“Warga emas terbabit mengalami kerugian dua buah telefon bimbit, dokumen peribadi dan wang tunai bernilai RM200 manakala anggaran kerugian keseluruhan adalah RM1,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Azam, suspek yang tidak bekerja itu berjaya ditahan di sebuah rumah sekitar Pandan Indah pada pukul 6.30 petang, Jumaat lalu.

“Hasil daripada penangkapan suspek berusia 23 tahun itu, kita turut merampas dua telefon bimbit jenama Samsung milik mangsa yang diragut.

“Modus operandi suspek adalah melakukan samun ragut beg mangsa menggunakan motosikal secara berseorangan dan hasil samun telah habis digunakan untuk perbelanjaan harian dan membeli dadah.

“Suspek juga telah melakukan beberapa siri ragut beg di daerah Ampang dan Cheras,” jelasnya.

Tambahnya, semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai sebanyak lapan rekod lampau dan satu kes dadah yang masih lagi dikehendaki selain suspek juga positif dadah.

Suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga Jumaat depan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... n-milik-warga-emas/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 05:24 PM | Show all posts
hukum hudud, boleh potong tgn kes ginihh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.049255 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list