CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5488|Reply: 0

[Johor] Pembeli Sovereign Bay gesa campur tangan kerajaan

[Copy link]
Post time 22-10-2023 07:01 PM | Show all posts |Read mode


JOHOR BAHRU: Pembeli kediaman Sovereign Bay di Senibong, di sini mahu kerajaan campur tangan bagi menyelesaikan masalah dihadapi mereka apabila projek itu terbengkalai sejak beberapa tahun lalu.

Salah seorang pembeli, Musliha Abdullah, 44, mengakui menanggung kerugian lebih RM50,000 apabila terpaksa membayar pinjaman bulanan kediaman berkenaan yang berharga lebih RM450,000, sedangkan projek terhenti.

“Saya telah diminta membuat pembayaran perkembangan projek sebanyak RM1,000 sebulan sejak tahun 2021. Jadi, hingga kini sudah dua tahun lebih saya buat pembayaran tersebut.

“Perkara ini juga menyebabkan saya tidak dapat membuat pinjaman bank baharu. Jadi saya harap kerajaan dapat campur tangan bagi membolehkan projek ini disambung, sekali gus disiapkan secepat mungkin,” katanya yang bekerja sebagai pengurus di sebuah kilang, di sini hari ini.

Ibu kepada dua anak itu memberitahu, perkembangan terakhir yang diterimanya daripada peguam pemaju adalah usaha mencari kontraktor lain untuk menyambung projek tersebut sedang dijalankan.

Seorang lagi pembeli, Ong Khai Pin, 60, pula membeli dua unit kediaman di projek berkenaan sebagai pelaburan untuk keluarganya, projek yang sepatutnya siap pada 2018 terbengkalai hingga kini.

“Pada mulanya kami ingat projek ini terbengkalai disebabkan pandemik Covid-19, namun setelah wabak itu berlalu projek ini masih lagi terbengkalai.

“Kumpulan pembeli, iaitu lebih 200 orang telah buat aduan kepada kerajaan negeri dan juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), namun belum terima sebarang maklum balas positif,” kata pengusaha restoran itu sambil berharap kerajaan dapat campur tangan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, pihaknya dimaklumkan KPKT telah mengklasifikasikan projek tersebut sebagai projek terbengkalai.

“Ini bermakna pemaju projek ini yang merupakan sebuah syarikat dari China telah lari dan cuci tangan. Namun sebagai kerajaan kita perlu bantu pembeli yang terkesan kerana mereka telah membuat pembayaran sejak beberapa tahun lalu.

“Saya akan terus adakan perbincangan dengan Menteri dan Timbalan Menteri KPKT dalam mencari solusi terbaik berhubung perkara ini. Pilihan yang ada termasuk campur tangan kerajaan, lantikan kontraktor baharu atau mohon bank terlibat memberi moratorium kepada pembeli sehingga projek ini disambung semula,” jelasnya. – UTUSAN


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.047914 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list