View: 1737|Reply: 0
|
[Pahang]
Geng Dan Lombok tumpas
[Copy link]
|
|
YAHAYA menunjukkan barang rampasan daripada Geng Dan Lombok. FOTO Asrol Awang
Kuantan: Geng Dan Lombok yang didalangi warga Indonesia dan aktif melakukan samun bersenjata di negeri ini, Terengganu dan Negeri Sembilan, ditumpaskan polis dengan tertangkapnya lapan suspek, termasuk seorang wanita.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, tangkapan suspek yang berusia antara 27 dan 48 tahun dibuat hasil serbuan bermula 12 hingga Jumaat lalu, di dua daerah berasingan.
Katanya, penahanan itu membabitkan serbuan di Felda Keratong, Rompin dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan oleh sepasukan polis Cawangan Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Pahang dan Negeri Sembilan.
"Geng Dan Lombok ini diketuai lelaki berusia 43 tahun dikenali sebagai 'Dan' yang pernah ditahan melakukan jenayah samun pada 2015 dan menjalani hukuman penjara selama setahun serta diusir keluar kembali Indonesia.
"Tahun ini, lelaki terbabit kembali ke negara ini secara haram dan melakukan jenayah bersama rakan lain yang tidak mempunyai dokumen dan pasport," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini, hari ini.
Yahaya berkata, dengan tumpasnya Geng Dan Lombok itu, polis berjaya menyelesaikan 14 kes samun dan pecah rumah iaitu sembilan kes di Pahang, tiga kes di Terengganu dan dua kes di Negeri Sembilan.
Beliau berkata, modus operandi penjenayah ini ialah menyasarkan kediaman yang jauh dari jalan raya, menyamun barang kemas dan wang tunai, serta turut bertindak mencederakan mangsa.
Katanya, kesemua suspek ditahan reman sehingga 25 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397/394 Kanun Keseksaan serta Seksyen (6)(1)(c) Akta Imigresen.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-dan-lombok-tumpas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|