View: 1885|Reply: 1
|
[Perak]
Penyokong dituduh bawa pisau ketika perlawanan Perak FC lawan JDT
[Copy link]
|
|
AZRUL Faiz dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan memiliki pisau sewaktu perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Perak FC dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Perak, Khamis lalu. FOTO L Manimaran
Ipoh: Seorang penyokong dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki pisau sewaktu perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Perak FC dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Perak di sini, Khamis lalu.
Azrul Faiz Mohd Rosli, 31, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memiliki sebilah pisau di dalam beg pinggang berwarna hitam di Pintu Masuk B, Stadium Indera Mulia, Kompleks Sukan Ipoh, di sini kira-kira jam 8.45 malam 19 Oktober lalu.
Perbuatan itu adalah kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun namun tidak melebihi 10 tahun.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Syaza Ariffin manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), M Kanthan.
Kanthan memohon jumlah jaminan lebih rendah dikenakan terhadap anak guamnya selepas pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 memandangkan pendapatan tertuduh sebagai pengawal keselamatan adalah sekitar RM1,800 sebulan selain anak guamnya itu adalah pencari nafkah tunggal keluarganya.
Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM1,500 dengan seorang penjamin selain menetapkan 5 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Terdahulu, media melaporkan polis menahan dua lelaki ketika perlawanan bola sepak Piala Malaysia di Stadium Perak, Khamis lalu termasuk seorang lelaki berumur 31 tahun yang didapati membawa pisau pendek semasa pemeriksaan keselamatan keselamatan oleh polis.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -perak-fc-lawan-jdt |
|
|
|
|
|
|
|
kau dh kenapa manusia gi bwk pisau masuk stadium?
gilerr org ni |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|