CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1765|Reply: 0

[Johor] Lelaki intai wanita di tandas pasar raya dicekup

[Copy link]
Post time 23-10-2023 03:48 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tular seorang lelaki ‘ditangkap’ oleh orang awam serta ‘disoal siasat’ oleh seorang wanita dipercayai mangsa, di pasar raya berkenaan.

Pasir Gudang: Polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai mengintai seorang wanita di tandas sebuah pasar raya di Taman Bukit Dahlia di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian itu berlaku kira-kira 11 pagi, sebelum lelaki berusia 23 tahun itu diserahkan oleh orang awam kepada pihak polis.

"Hasil semakan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata permohonan reman atas suspek juga akan dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Johor Bahru hari ini, untuk siasatan lanjut.

"Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan perbuatan yang melanggar norma kehidupan dan undang-undang negara serta sebarang maklumat kejadian hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut," tambahnya.

Semalam, tular sebuah video berdurasi dua minit 11 saat yang memaparkan seorang lelaki 'bertudung' memasuki tandas wanita, sebelum perbuatannya itu berjaya dikesan lalu 'ditangkap' oleh orang awam serta 'disoal siasat' oleh seorang wanita dipercayai mangsa, di pasar raya berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pasar-raya-dicekup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.046944 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list