CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1901|Reply: 0

[Pahang] Sindiket perjudian selindung disebalik rumah sewa tumpas

[Copy link]
Post time 23-10-2023 04:19 PM | Show all posts |Read mode

YAHAYA menunjukkan antara peralatan dirampas daripada sindiket perjudian dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuantan.

KUANTAN – Satu sindiket perjudian dalam talian yang menjadikan rumah sewa di Kubang Buaya di sini sebagai pusat operasi berjaya dilumpuhkan pihak polis.

Dalam serbuan pada 20 Oktober lalu, seramai 12 individu termasuk empat wanita ditahan kerana menjalankan aktiviti mempromosi perjudian melalui komputer dan telefon bimbit di rumah sewa berkenaan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kesemua suspek terdiri dari lapan lelaki dan tiga wanita warga tempatan berumur antara 17 dan 43 tahun itu ditahan di sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan.

Katanya, pemeriksaan lanjut di tingkat bawah rumah berkenaan pula menemukan seorang wanita warga Indonesia disyaki sebagai tukang masak dan pencuci pakaian mereka.

“Siasatan mendapati rumah yang disewa sindiket itu dijadikan sebagai lokasi mempromosikan perjudian melalui aplikasi Telegram dan WeChat sebagai perhubungan dengan pelanggan dari China.

“Lebih 50 perjudian disediakan sindiket terbabit melalui laman sesawang perjudian yang beroperasi setiap hari selama 12 jam iaitu bermula pukul 11 pagi hingga 11 malam,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, hari ini.

Tambahnya, susulan penahanan suspek, sebanyak 280 unit telefon bimbit, 14 komputer riba, 14 keping kad sim, dua set Wi-Fi dan satu modem serta 110 keping kad bank negara China dirampas.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan kesemua suspek ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Beliau memberitahu, berdasarkan siasatan mendapati kesemua suspek dibayar antara RM2,000 dan RM6,000 seorang oleh satu sindiket yang dipercayai berpangkalan di Filipina dan China.

“Sindiket ini boleh mengaut keuntungan RM30,000 sehari dan selama 37 hari beroperasi, dipercayai sindiket ini sudah mengaut keuntungan sebanyak RM1.11 juta,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... -rumah-sewa-tumpas/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.409733 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list