|
GAMBAR hiasan
Nilai: Hantuk kepala pada dahi mangsa. Itu yang berlaku terhadap seorang pelanggan ketika bertengkar dengan pekerja asing sebuah kedai permaidani di Pusat Borong Nilai 3, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 petang, mangsa yang dipercayai anggota tentera ke kedai berkenaan untuk meminta menukar kerusi baharu kerana dikatakan peralatan yang dibeli di kedai itu mengalami kerosakan.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, mangsa dikatakan membeli kerusi berbentuk jari pada 7 Oktober lalu dengan harga RM70.
"Balai Polis Nilai terima aduan daripada seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun menyatakan dia membeli sebuah kerusi berbentuk jari di sebuah kedai karpet di Nilai 3, 7 Oktober lalu.
"Kerusi itu kemudiannya patah selepas digunakan selama dua minggu. Kira-kira jam 4.30 petang semalam, dia ke kedai berkenaan dan meminta untuk tukar ganti kerusi yang baharu," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, tular di laman TikTok memaparkan seorang anggota tentera dikepung seramai 15 lelaki warga asing dan kepalanya dihempuk salah seorang daripada mereka ketika bertengkar.
Abdul Malik berkata, ketika di dalam kedai itu, dipercayai berlaku pertengkaran sebelum seorang lelaki warga asing datang menghantukkan kepalanya ke dahi mangsa.
"Siasatan awal yang dilakukan mendapati mangsa tidak ada menyatakan 15 lelaki warga asing yang mengepungnya sebaliknya dia hanya memberitahu seorang lelaki warga asing menghantukkan kepala pada dahi.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Suspek disyaki seorang lelaki warga asing," katanya.
Justeru, beliau berkata, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tukar-ganti-kerusi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|