View: 935|Reply: 0
|
[Pahang]
Keluarga Muhammad Izzat putuskan tiada bedah siasat kedua
[Copy link]
|
|
NURUL Diyana menunjukkan gambar Allahyarham suaminya, Muhammad Izzat. FOTO Arkib NSTP
Kuantan: Tiada bedah siasat kedua akan dilakukan sebaik jenazah Muhammad Izzat Abdul Wahab yang meninggal dunia di Tachileik, Myanmar tiba di tanah air.
Abang Allahyarham, Muhammad Hasmalizam, 45, berkata, keluarga mereka bersetuju untuk tidak melaksanakan bedah siasat kedua itu selepas berpuas hati dengan prosedur dijalankan petugas perubatan di Yangon yang di bawah pemantauan Kedutaan Malaysia di Myanmar.
"Maklumat awal laporan bedah siasat memaklumkan arwah adik meninggal dunia akibat sesak nafas, walaupun keputusan penuh belum dapat lagi," katanya menerusi kiriman mesej WhatsApp, hari ini.
Pada 14 Oktober lalu, Muhammad Izzat dilapor meninggal dunia akibat serangan jantung ketika ditahan di Tachileik.
Muhammad Hasmalizam bersama adik dan anak saudara yang berada di Yangon sejak Jumaat lalu, mengharapkan segala urusan dipermudahkan termasuk urusan membawa pulang jenazah ke tanah air.
Katanya, mengikut perancangan, jenazah Muhammad Izzat akan berlepas dari Yangon pada 11.25 pagi Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 3 petang.
"Insya-Allah, arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Peramu, Kuantan," katanya yang berusaha menukar tiket penerbangan untuk pulang lebih awal atau mengiringi arwah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bedah-siasat-kedua |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|