CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1047|Reply: 1

[Selangor] Bangga jadi pengawal keselamatan, besarkan 3 anak sendirian

[Copy link]
Post time 24-10-2023 10:41 AM | Show all posts |Read mode

SITI Munirah bangga menyarung pakaian seragam dan mampu menyara tiga anaknya. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Selayang: Sejak suami tersayang meninggal dunia setahun lalu, ibu muda ini menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan membesarkan tiga anak sendirian dengan kudratnya sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah.

Siti Munira Mat Daud, 34, juga berbangga dengan kerjaya itu yang membantunya meneruskan hidup berdikari tanpa suami, meskipun ada segelintir menganggap ia sebagai pekerjaan kelas bawahan dan tidak sesuai untuknya yang masih muda.

Menurutnya, dia berkerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah di sini, sejak tujuh tahun lalu selepas tidak melepasi kelayakan sebagai anggota polis sebelum ini selain mengakui dia meminati kerjaya pasukan keselamatan.

"Dahulu saya selalu hantar anak ke sekolah dan lihat pengawal keselamatan bertugas dan terlintas untuk mencuba kerjaya itu. Dengan izin arwah suami (Sarizan Ahmad Kamel) ketika itu saya kemudiannya bekerja sebagai pengawal keselamatan.

"Saya berbangga menyarung seragam ini biarpun hasrat sebenar menjadi polis tetapi kedua-dua kerjaya ini sama saja menjaga keselamatan awam cuma bezanya saya hanya di sekolah saja," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Katanya, dia sentiasa berazam melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin biarpun hanya sebagai pengawal keselamatan di sekolah saja kerana baginya tanggungjawabnya juga besar bagi memastikan keselamatan guru dan murid setiap hari.

"Macam-mana pengalaman yang saya lalui terutama apabila aktif di TikTok yang mana netizen ada juga cakap 'alah kerja guard (pengawal keselamatan) saja pun tetapi melebih-lebih, ada yang cakap asyik tak buat kerja main telefon saja.

"Tetapi saya tak ambil hati dan abaikan saja. Saya tahu tugas saya dan pastinya tidak main TikTok ketika waktu sibuk kerana saya ada tugas lebih penting iaitu memastikan murid selamat. Alhamdulillah guru besar dan guru di sini juga semuanya baik.

"Tetapi sebenarnya lebih ramai beri sokongan. Saya dengan ibu murid juga baik dan sudah menjadi kawan, malah pernah membantu menghantar anak mereka ke rumah atau ke tempat kerja mereka sebelum ini," katanya mempunyai tiga anak yang berusia antara tujuh hingga 14 tahun.

Katanya, kerjaya sebagai pengawal keselamatan bukanlah sesuatu yang memalukan untuk golongan muda dan dia turut mengakui ada beberapa rakannya mempunyai kelulusan tinggi namun gagal mendapatkan pekerjaan mengikut kelayakan.

"Sekarang ini sudah ramai orang muda memilih kerja ini dan sebagai pengawal keselamatan kerjaya ini juga menuntut disiplin yang tinggi dan ketegasan dalam tugas. Pada saya kepuasan kerja saya adalah memastikan semua murid sudah diambil oleh ibu bapa dan pulang dengan selamat," katanya.

Berhubung video TikToknya yang sering mendapat perhatian netizen, Siti Munira berkata, dia suka berkongsi mengenai tugasnya tanpa mendedahkan maklumat tempatnya bekerja biarpun ramai yang selalu bertanya lokasinya bertugas.

Katanya, dia mengakui kerap menerima usikan dan mesej peribadi di akaun media sosial itu daripada inidvidu yang mahu berkenalan dengannya, malah ada yang menyangka dia masih bujang dan belum mempunyai anak.

"Semua video yang dibuat hanya untuk kandungan akaun TikTok saja selain hiburan sambil bekerja sekali gus dapat menjadi kenangan tetapi saya bukanlah mahu mencari jodoh biarpun ada segelintir lelaki hantar mesej mahu berkenalan.

"Apabila tahu saya ibu tunggal ada juga yang mahu berkawan serius tetapi buat masa ini saya menolak kerana fokus adalah kepada tiga anak saya selepas suami meninggal dunia akibat komplikasi penyakit jantung dan darah tinggi," katanya yang tidak menyangka videonya mendapat perhatian.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-3-anak-sendirian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 05:21 PM | Show all posts
she's a strong mother
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.635488 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list