CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1370|Reply: 0

[Kelantan] 7 beranak catu makan sejak seminggu lalu

[Copy link]
Post time 24-10-2023 03:54 PM | Show all posts |Read mode

AB Hamid bersama anak dan isterinya di hadapan rumah sewa didiami mereka. FOTO Ihsan Ab Hamid Othman

Kota Bharu: "Sudah seminggu kami anak beranak catu makanan, kalau makan pun sekali sehari saja kerana tak ada apa yang tinggal melainkan beras," luah Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal, Ab Hamid Othman.

Ab Hamid, 49, yang tinggal di Kampung Jaya Setia, Pantai Cahaya Bulan di sini berkata, dia buntu memikirkan bagaimana mendapatkan wang bagi membeli barangan keperluan dan bekalan makanan untuk lima anak berusia lima hingga 18 tahun serta isterinya, Suraya Hasan, 41.

Katanya, ia kerana dia serta isteri tidak bekerja dan hanya bergantung kepada bantuan bulanan sebanyak RM450 sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut Ab Hamid, kesempitan wang menyebabkan ada anak yang sudah seminggu tidak ke sekolah kerana tiada duit belanja.

"Saya tak bekerja kerana masalah pada tangan kanan. Ada juga minta kerja namun buat masa ini tak ada majikan mahu ambil kerana faktor kesihatan.

"Isteri pula perlu jaga bapa mentua yang sakit maka tiada pilihan melainkan harap bantuan JKM. Keadaan ini menyebabkan kami anak beranak kena catu makan seminggu lalu," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Lebih membuatkan Ab Hamid runsing apabila sewa rumah didiaminya sekeluarga juga sudah beberapa bulan tertunggak.

"Tuan rumah sudah datang beberapa hari lalu minta sewa. Disebabkan tak ada duit, saya minta dia tempoh. Cuma tak tahu sampai bila kami dibenarkan duduk kerana bila-bila masa boleh diusir.

"Saya boleh bertahan dan berlapar tetapi tak kasihan lihat anak kerana nampak mereka keletihan sangat akibat tahan lapar jadi harap sangat ada pihak membantu kami," katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 153038891003 atas nama Ab Hamid Othman atau akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0310029816476094 atas nama Suraya Hassan atau menghubunginya di talian 016-4444950.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sejak-seminggu-lalu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.156392 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list