CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1853|Reply: 0

F1: Dua jaguh tanggung malang di GP Amerika Syarikat

[Copy link]
Post time 24-10-2023 06:04 PM | Show all posts |Read mode
F1: Dua jaguh tanggung malang di GP Amerika Syarikat

HAMILTON dan Leclerc terpaksa menerima hakikat pembatalan kemenangan apabila jentera mereka dikesan gagal mengikut spesifikasi ditetapkan. - AFP


AUSTIN – Pelumba pasukan Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton mengakui terkejut apabila kedudukan kedua yang diraih pada Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS) di Litar Americas awal pagi semalam dibatalkan.

Ia gara-gara pemeriksaan yang dilakukan selepas perlumbaan mendapati lantai jentera Hamilton dan pelumba Ferrari, Charles Leclerc tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, sekali gus menyaksikan masing-masing kehilangan 18 dan lapan mata.

Hasil pembatalan yang dikenakan ke atas Hamilton dan Leclerc menyebabkan Lando Norris dari McLaren naik ke kedudukan kedua, manakala seorang lagi pelumba Ferrari, Carlos Sainz diangkat sebagai pemenang tempat ketiga.

“Sudah tentu ia sesuatu yang sangat mengecewakan kepada saya dan pasukan apabila perlumbaan kami dibatalkan. Bagaimanapun, ia tidak memberi kesan terhadap progres yang kami lakukan minggu ini,” kata Hamilton.

Pada perlumbaan itu, Hamilton yang juga juara dunia tujuh kali menampilkan aksi cukup baik, namun kesilapan percaturan dilakukan pasukan menyaksikan dia menamatkan perlumbaan menerusi perbezaan 2.225 saat dengan pemenang, Max Verstappen dari Red Bull.

Sementara itu, ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff menerima hukuman tersebut dengan hati terbuka selain mahu menjadikan situasi tersebut sebagai pengajaran menjelang perlumbaan akan datang.

“Memilih tetapan jentera pada perlumbaan di Litar Americas bukan sesuatu yang mudah kerana trek di sini agak beralun selain kami menggunakan pakej baharu. Tempoh sejam semasa latihan bebas tidak mencukupi untuk kami menguji jentera,” ujarnya. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... p-amerika-syarikat/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.106262 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list