View: 1088|Reply: 0
|
[Kelantan]
Mayat lelaki Orang Asli dalam sisa kayu, sampah di sungai
[Copy link]
|
|
MAYAT lelaki dipercayai Orang Asli ditemukan dalam sampah dan sisa kayu yang tersangkut pada jambatan besi Sungai Berok, Ladang Kilang Liziz (LPG) Kuala Betis, Gua Musang. FOTO Ihsan PDRM
Gua Musang: Mayat lelaki dipercayai Orang Asli ditemukan dalam sampah dan sisa kayu yang tersangkut pada jambatan besi Sungai Berok di Ladang Kilang Liziz (LPG) Kuala Betis, di sini, hari ini.
Mayat lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditemui oleh pemandu jengkaut yang melakukan pembersihan Sungai Berok di kawasan ladang terbabit jam 8.45 pagi.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 9.05 pagi.
"Pemeriksaan tempat kejadian tidak menjumpai sebarang identiti pada mangsa.
"Mayat dalam keadaan tidak berpakaian dan dipercayai berada di dalam sungai lebih kurang dua hingga tiga hari sebelum dijumpai.
"Terdapat kesan pecah di kepala dan kaki mangsa yang berkemungkinan terkena batu atau kayu yang terdapat di dalam sungai terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, tiada pengenalan diri diperoleh sama ada di tempat kejadian atau badan mangsa.
"Berdasarkan siasatan di tempat kejadian, berkemungkinan mangsa lemas dan dihanyutkan sebelum dijumpai di tempat kejadian.
"Dipercayai tiada unsur-unsur perlakuan jenayah yang menyebabkan kematian simati," katanya.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
"Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... yu-sampah-di-sungai |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|