View: 707|Reply: 0
|
[Kelantan]
Rokok seludup 'belayar' dari negara jiran ke Lembah Klang
[Copy link]
|
|
Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long (kanan) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian rampasan rokok seludup 980,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM107,800 dalam sebuah lori di Melor, Kota Bharu, pada sidang media di Pejabat Penguatkuasaan JKDM Pengkalan Kubor di sini hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Tumpat: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Kelantan merampas 980,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM107,800 dalam sebuah lori di Melor, Kota Bharu, Rabu lalu.
Turut ditahan seorang lelaki yang juga pemandu lori berusia 40 tahun.
Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, lori tertutup jenis Foton Aumark itu dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan sebelum pihaknya menahan kenderaan terbabit.
"Pemeriksaan lanjut di dalam lori menemui sejumlah bungkusan hitam mengandungi 980,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM107,800 dan jumlah cukai RM657,580.
"Rokok putih dari negara jiran itu dipercayai dibawa menerusi jalan laut dan mendarat di pantai sebelum diangkut dengan lori untuk pasaran Lembah Klang," katanya ketika sidang media di Pejabat Cawangan Penguatkuasaan Kastam Pengkalan Kubor, di sini, hari ini.
Wan Jamal Abdul Salam berkata, pemandu lori terbabit ditahan reman selama dua minggu bermula 19 Oktober sehingga 1 November untuk siasatan mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967.
"Kes disiasat atas kesalahan terbabit dengan mengangkut, memindah, mendeposit atau berurusan terhadap apa-apa barang berduti, tak berkastam atau larangan dengan niat memfraud kerajaan terhadap apa-apa duti ke atasnya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ran-ke-lembah-klang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|