CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 778|Reply: 1

Jangan lupa panggil Syafiq, Syahmi - TMJ

[Copy link]
Post time 25-10-2023 03:13 PM | Show all posts |Read mode

SYAFIQ mampu tambah sengat Harimau Malaya.

Kuala Lumpur: Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim percaya penyerang kelabnya, Syafiq Ahmad masih berbisa dan mampu menggalas tugas untuk merobek benteng lawan bersama skuad Harimau Malaya.

Jelas bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu, pengendali negara iaitu Kim Pan-gon seharusnya memanggil Syafiq Ahmad untuk tugasan antarbangsa berikutnya.

Katanya, biarpun pemain yang berasal dari Sungai Ara, Pulau Pinang itu kurang mendapat minit permainan bersama skuad Harimau Selatan tetapi berdasarkan kualiti yang ada pada Syafiq Ahmad, beliau yakin pemain itu adalah calon tepat untuk dipertaruhkan.

"Saya ingin pesan kepada Pan-gon jangan lupa kepada Syafiq Ahmad dan Syahmi Safari. Dua pemain ini patut ada (Syahmi) di pertahanan kanan untuk cover Matthew Davies dan Syafiq sebagai penyerang.

"Kalau nak kata minit perlawanan, Akhyar Rashid kurang minit perlawanan sebab tempat dia di JDT adalah Fernando Forestieri, tetapi apabila main bersama Harimau Malaya, dia menyerlah dan jaringkan gol," katanya.

Berdasarkan statistik skuad negara sepanjang tahun ini, jentera hadapan pasukan sudah meledak 25 gol daripada 10 perlawanan dilalui dengan kemenangan terbesar diraih ketika menundukkan Papua New Guinea 10-0.

Begitupun, rekod jaringan yang baik itu disumbangkan oleh pemain sayap seperti Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid.

Sementara penyerang tulen negara Darren Lok dilihat tidak begitu konsisten, manakala Paulo Josue sebenarnya bukanlah pemain yang beraksi di posisi penyerang biarpun berjaya meledak beberapa gol buat skuad Harimau Malaya.

Syafiq Ahmad bukan saja bijak menempatkan diri pada ruang sempit, tetapi senjata utama dimiliknya adalah keupayaan menjaringkan gol menerusi tandukan yang tidak ada pada Lok mahupun Josue.

Malah, corak permainan negara yang berorentasikan serangan melalui bahagian sayap boleh beri kelebihan kepada Syafiq Ahmad untuk menggunakan 'kepala emasnya' merobek jaring lawan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... l-syafiq-syahmi-tmj
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa mesti campurtangan atau beri tekanan pada pengendali harimau malaya? If you think you can do a better job...then take over...as simple as that.....bila pandangan tak diperlukheun...the best you can do..is to just give your full support to watever decision made by the pengendali....iteww peradaban yg sebaiknyer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.048289 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list