CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 799|Reply: 0

Mamut buru gol sulung Piala AFC

[Copy link]
Post time 25-10-2023 03:14 PM | Show all posts |Read mode

MAMUT gagal menjaringkan gol dalam dua aksi awal TFC di Piala AFC.

Kuala Terengganu: Selepas gagal mencetak gol dalam dua aksi terdahulu, penyerang sensasi Terengganu FC (TFC), Ivan Mamut tekad membuka 'akaun' gol pertamanya dalam saingan Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) musim ini.

Jelas pemain kelahiran Croatia itu, pertemuan dengan kelab Filipina, Stallion Laguna FC, petang esok di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak bakal dimanfaatkan sebaik mungkin dalam merealisasikan misi berkenaan.

Pemain yang baharu musim pertama beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) itu, mengakui belum puas jika tidak berjaya menjaringkan gol di pentas Asia selepas berjaya melakukannya dalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Tambah pemain berusia 26 tahun itu, satu gol dijaringkan ketika berdepan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada separuh akhir pertama Piala Malaysia Sabtu lalu menyemarakkan lagi semangatnya bagi memastikan tiga mata berada dalam genggaman sekali gus mengintai peluang untuk memimpin peringkat Kumpulan G.

"Pertama sekali sudah pasti saya mahu peragakan aksi terbaik sebagaimana perlawanan sebelum ini bagi memastikan pasukan kami mampu mengutip tiga mata pada aksi ketiga peringkat kumpulan itu.

"Kedua saya idam untuk menjaringkan gol pertama dalam saingan Piala AFC ini selepas percubaan dalam dua perlawanan terdahulu ketika menentang kelab Australia, Central Coast Mariners dan kelab Indonesia, Bali United berakhir dengan kehampaan.

"Ketiga saya juga menuntut rakan sepasukan sedaya upaya beraksi mengikut perancangan jurulatih lebih-lebih lagi beraksi di tempat sendiri dan pada masa sama mengharapkan lebih ramai peminat hadir biarpun beraksi di sebelah petang," kata pemain tinggi lampai yang menyarung jersi nombor 7.

Berdasarkan rekod, pemain yang sudah beraksi dengan lapan kelab berbeza sepanjang kariernya sudah menjaringkan 18 gol bersama TFC termasuk 10 jaringan dalam saingan Liga Super, enam gol Piala Malaysia dan dua gol Piala FA.

Pada aksi terdahulu, penyerang muda meningkat naik, Muhammad Syahmi Zamri mencuri tumpuan apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan ketika terikat 1-1 dengan Bali United manakala gol kemenangan TFC 1-0 menumpaskan Central Coast Mariners hasil jaringan sendiri pertahanan pelawat, Nathan Paull.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ol-sulung-piala-afc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.369155 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list