CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2077|Reply: 0

[Johor] Isu parkir hadapan rumah memalukan Johor?

[Copy link]
Post time 26-10-2023 09:35 AM | Show all posts |Read mode


KECOH baru-baru ini apabila tular notis diterima pemilik ken­deraan di kawasan Pasir Gudang yang memaklumkan pemilik yang meletakkan kenderaan di depan kediaman boleh dikenakan kompaun.

Nyata notis yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) itu mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk daripada orang ramai, pemimpin masyarakat dan ahli politik.

Ada yang bersetuju dengan langkah tersebut, namun tidak kurang juga yang mempertikaikan keputusan itu.

Malah ada yang menyifatkan keputusan MBPG itu akan lebih menekan kehidupan rakyat tatkala kos sara hidup yang kian meningkat ekoran peningkatan dalam harga barangan.

Ada pihak mendakwa tindakan itu ibarat ‘jalan mudah’ bagi MBPG menambahkan pendapatannya hasil daripada kompaun yang akan dikenakan.

Namun dakwaan itu disangkal Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd. Rahman yang nenegaskan bahawa keputusan itu dibuat bagi ‘menjaga keharmonian’ penduduk di kawasan tersebu

Ini kerana menurutnya, MBPG menerima banyak aduan tentang tindakan meletakkan kenderaan di hadapan rumah jiran, sekali gus menimbulkan kesulitan kepada pemilik kediaman untuk keluar dan masuk.

Situasi tersebut juga telah menimbulkan pergaduhan sehingga ada jiran yang tidak bertegur sapa ekoran tindakan berkenaan.

Walaupun isu itu nampak remeh, namun ada yang berpendapat ia ‘memalukan’ Johor yang dilihat antara negeri yang pesat membangun, sedangkan ia boleh ditangani dengan lebih berhemah sekiranya semua pihak bersikap tolak ansur.

Dengan kata lain, tidak perlu sehingga dikenakan kompaun kerana tindakan itu akan lebih menjejaskan imej MBPG dan negeri.

Kunci’ penyelesaian isu ini adalah sikap saling memahami dan bertolak ansur antara jiran, iaitu yang meletakkan kende­raan harus peka dan segera mengalihkan kereta sekiranya jiran ingin keluar dan masuk ke kediaman mereka.

Janganlah membiarkan jiran menunggu lama untuk keluar masuk, begitu juga jiran ber­kenaan seharusnya perlu ada sikap sabar dan tidak terlalu cepat mendesak sehingga membunyikan hon berkali-kali sehingga menimbulkan rasa kurang se­nang antara mereka.

Mungkin sikap penghuni rumah pangsa dan flat yang sering mengalami kekurangan parkir boleh dijadikan iktibar dan diguna pakai.

Berdasarkan tinjauan dan pengalaman penghuni ber­kenaan, mereka tidak menarik brek tangan bagi memudahkan kenderaan tersebut dialihkan sekiranya penghuni lain memerlukan laluan.

Justeru mereka tidak perlu menunggu atau terpaksa memanggil pemilik kenderaan yang menghalang laluan, hanya perlu menolak dan mengalihkannya ke tempat yang lebih sesuai untuk memberi laluan kepada penghuni lain.

‘Persefahaman’ seperti ini memang sudah ditanam dalam diri setiap penghuni dan mereka saling bertoleransi dan bertolak ansur.

Jadi, isu kompaun kende­raan yang diletak di hadapan rumah boleh ditangani de­ngan lebih berhemah sekiranya masyarakat lebih bertolak ansur dan saling memahami.

Tindakan mengenakan kompaun memang hak dan terdapat dalam undang-undang pihak berkuasa tempatan berkenaan, namun kebajikan rakyat juga perlu diambil kita, apatah lagi dalam keadaan ekonomi dan kos sara hidup yang kian menekan pada masa ini. – UTUSAN


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 1.610188 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list