View: 1664|Reply: 0
|
Celtic buat Atletico cemas
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FBL-EUR-C1-CELTIC-ATLETICO_MADRID_1698284275.jpg)
GRIEZMANN menjaringkan penalti pasukannya. FOTO AFP
Glasgow: Pengurus Celtic Brendan Rodgers berkata, pasukannya menunjukkan mereka mampu bersaing di Liga Juara-Juara selepas seri 2-2 dengan Atletico Madrid walaupun masih gagal menamatkan kemarau kemenangan di kejohanan itu.
Juara Scotland dua kali mendahului menerusi Kyogo Furuhashi dan Luis Palma tetapi kembali disamakan Antoine Griezmann dan Alvaro Morata.
Pemain Atletico Rodrigo De Paul dibuang padang pada lewat perlawanan tetapi Celtic gagal memanfaatkan tambahan masa lapan minit sekali gus peluang untuk mara daripada Kumpulan E tampak tipis.
Keputusan seri membolehkan Atletico hanya satu mata di belakang pendahulu Feyenoord yang menewaskan Lazio 3-1 awal pagi tadi.
Mata pertama diraih Celtic bermakna skuad Rodgers ketinggalan tiga mata di belakang pasukan dari Itali itu.
"Kami tunjukkan yang kami mampu bersaing dengan pasukan lebih ternama," kata Rodgers. "Saya tak fikir anda boleh berkata mereka kembali ke Sepanyol dengan tidak mengetahui mereka mengharungi aksi sukar.
"Prestasi dipamerkan memberikan anda keyakinan pada tahap ini, persembahan yang bagus cuma kami tidak menang sahaja."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... buat-atletico-cemas |
|
|
|
|
|
|
| |
|