CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2361|Reply: 0

[Kelantan] Nelayan Pantai Timur mula gantung bot

[Copy link]
Post time 26-10-2023 11:15 AM | Show all posts |Read mode

Beberapa buah bot nelayan ditempatkan di Pantai Kampung Pachakan, Pasir Puteh sebelum dibawa pulang ke rumah bagi menghadapi Monsun Timur Laut.

PASIR PUTEH – Lebih 50 nelayan pesisir Pantai Kampung Pachakan, di sini, mula memindahkan bot dan sampan ke kawasan yang lebih selamat bagi menghadapi Monsun Timur Laut yang diramalkan berlaku dalam tempoh terdekat.

Seorang nelayan, Mohammad Ibrahim, 42, berkata, ketika Monsun Timur Laut berlaku, ombak akan lebih besar terutama semasa air pasang besar yang boleh menghanyutkan bot dan sampan serta pukat jika ditinggalkan di pesisir pantai.

Katanya, sampan dan peralatan menangkap ikan akan dibawa balik ke rumah masing-masing dengan menggunakan perkhidmatan jentera.

“Ini sudah menjadi rutin golongan nelayan, di sini setiap tahun.

“Sebahagian nelayan juga akan menambat bot dan sampan mereka di Terusan Semerak serta Kuala Besut yang merupakan lokasi selamat,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Menurutnya, sepanjang monsun selama tiga bulan itu akan menjadi musim yang perit buat golongan nelayan apabila mereka tiada punca pendapatan untuk menyara keluarga.

Katanya, semua nelayan bergantung sepenuhnya kepada Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) sebanyak RM300 sebulan yang disalurkan kerajaan selain menggunakan sedikit wang simpanan.

Seorang lagi nelayan, Wan Hafiza Wan Hassan, 37, berkata, kebanyakan nelayan tiada simpanan wang yang banyak kerana pekerjaan itu umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

“Syukur kebajikan kami dibela dengan EHSN yang banyak me­ringankan bebanan dan kos sara hidup yang semakin meningkat,” ujarnya.

Monsun Timur Laut yang diramalkan bermula dari November hingga Mac sering membawa hujan lebat dan berisiko berlaku banjir besar terutamanya di ne­geri-negeri Pantai Timur.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... r-mula-gantung-bot/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.318523 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list