|
TEH Geok Chin (tengah) dihukum penjara seumur hidup dengan 12 kali sebatan, manakala isterinya, Nguyen Thi Thanh Tuyen, (kanan) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru atas pertuduhan mengedar kanabis seberat 1,024.6 gram, empat tahun lalu. FOTO Izz Laily Hussein
Johor Bahru: Tukang pasang jubin dihukum penjara seumur hidup dengan 12 kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah mengedar kanabis seberat 1,024.6 gram, empat tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Noor Hayati Mat menjatuhkan hukuman itu terhadap Teh Geok Chin, 47, selepas tertuduh menukar pengakuannya kepada bersalah.
Manakala, mahkamah melepas dan membebaskan isteri Geok Chin, Nguyen Thi Thanh Tuyen, 25, yang juga warga Vietnam selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan yang dihadapinya.
Berdasarkan kertas pertuduhan, suami isteri itu didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya jenis kanabis seberat 1,024.6 gram dalam sebuah rumah dekat Jalan Suria Muafakat 1, Larkin di sini, kira-kira jam 12.10 tengah malam, 18 April 2019.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Bagi pertuduhan itu, mereka boleh dijatuhkan hukuman mati atau dipenjara seumur hidup dan dikenakan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk sambung bicara, bagaimanapun Geok Chin menukar pengakuannya kepada bersalah.
Mahkamah kemudian memerintahkan bapa kepada seorang anak perempuan berusia lima tahun itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia tangkap iaitu 18 April 2019.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nasrudin Mohamed, manakala peguam K Kalaichelvan mewakili kedua-dua tertuduh.
Berdasarkan fakta kes, Geok Chin ditahan ketika sedang menaiki sebuah Perodua Myvi di hadapan Tebrau Residences, Jalan Tebrau di sini, sebelum dipandu arah olehnya ke sebuah rumah yang baharu disewanya.
Ketika serbuan dilakukan di rumah berkenaan, isterinya berada di dalam rumah dan susulan itu, kedua-dua mereka ditahan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... enjara-isteri-bebas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|