CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1786|Reply: 0

[Terengganu] Anak tanpa telinga tetapi boleh mendengar

[Copy link]
Post time 26-10-2023 01:45 PM | Show all posts |Read mode

ROZANA mendukung Muhammad Firdaus yang dilahirkan tanpa telinga. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli

Kuala Terengganu: Seorang bayi berusia 14 bulan boleh dianggap anak paling istimewa apabila dilahirkan tanpa dua telinga namun didakwa boleh mendengar dengan baik.

Muhammad Firdaus Zaquan Abdul Wahab dari Kampung Laut itu menghidap sindrom Pantau, penyakit jantung berlubang dan penyakit buah pinggang.

Ibunya, Rozana Zakaria@ Omar, 41, berkata, anak bongsu daripada lima beradik itu dianggarkan doktor hanya mampu hidup 12 bulan bermula dari tempoh dilahirkan.

"Dengan kedaaan Muhammad Firdaus yang turut menghidap penyakit jantung berlubang dan buah pinggang itu menyebabkan peratusan untuk Muhammad Firdaus membesar seperti kanak-kanak lain sangat tipis.

"Namun kehendak dan kebesaran Allah mengatasi segala-galanya apabila Muhammad Firdaus membesar dengan sihat malah sudah melepasi tempoh had umur yang dijangka doktor sejak dua bulan lalu," katanya ketika ditemui hari ini.

Tambahnya, lebih istimewa anaknya itu kerana biarpun tanpa dua telinga, Muhammad Firdaus boleh mendengar seperti biasa.

"Saya mengesahkan Muhammad Firdaus boleh mendengar kerana ia akan berpaling setiap kali dipanggil.

"Lebih menyakinkan saya kerana Muhammad Firdaus tidak boleh tidur dan menangis sekiranya adik beradiknya membuat bising di rumah," katanya.

Menurutnya, biarpun anaknya itu dilahirkan istimewa namun ia tetap dimanja dan dijaga dengan sebaik mungkin.

"Muhammad Firdaus tidak makan tetapi hanya minum susu melalui wayar selain menjalani rawatan susulan di Hospital Sultanah Nur Nazirah (HSNZ) dua whingga tiga kali sebulan.

Bapanya, Abdul wahab Deraman, 47, berkata, dia bersama isteri sentiasa hidup dalam kebimbangan dan berjaga-jaga sepanjang masa.

"Walaupun sudah melapasi usia 12 bulan yang ditetapkan doktor namun sebarang kemungkinan yang tidak diingini boleh berlaku secara tiba-tiba.

"Kami sentiasa mendoakan supaya Muhammad Firdaus membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah," katanya.

Menurutnya, disebabkan anak bongsunya itu paling istimewa, dia diberikan nama hadapan Muhammad berbanding tiga lagi anaknya yang lain bermula dengan nama Ahmad.

"Sama ada ia anak normal atau anak istimewa ia tetap amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada saya dan isteri. Kami akan menjaganya sebaik mungkin hingga keakhir hayat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... api-boleh-mendengar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 09:26 PM GMT+8 , Processed in 1.554331 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list