CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1757|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kembar paling susah nak pisah

[Copy link]
Post time 26-10-2023 01:47 PM | Show all posts |Read mode

Pasangan kembar, Ummu Najian Mohd Zaidi (kakak) dan Ummu Najwa antara penerima daripada 5,725 graduan guru yang menerima skrol pada Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPhG) Kementerian Pendidikan (KPM ) ke 13 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Foto Samadi Ahmad

Putrajaya: Tidak pernah berpisah sejak lahir sehinggalah menempuh alam pekerjaan.

Itu dilalui pasangan kembar, Ummu Najian Mohd Zaidi, 23, (kakak) dan Ummu Najwa (adik) yang bersama-sama mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Indah 2, Selangor.

Malah mereka turut mengajar mata pelajaran sama Bahasa Arab dan Reka Bentuk Teknologi (RBT).

Berkongsi kisah, Ummu Najian dari Ijok, Kuala Selangor berkata, mereka bersyukur kerana tidak terpisah sejak kecil sehingga menyambung pelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kampus Darul Aman, Kedah.

Menurutnya, pemilihan kerjaya sebagai guru ini disarankan oleh bapanya, Mohd Zaidi Husain, 57, yang juga guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman Shah, Bestari Jaya.

"Malah ibunya, Roslani Mat Zain, 51, juga adalah guru Sekolah Rendah Agama (SRA) Bukit Badong yang menyarankan kami berdua meneruskan legasi bidang perguruan untuk mendidik anak bangsa," katanya.

Dia berkata, sebelum menyambung pelajaran di IPDA, mereka berdua menuntut di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Selangor, dan tinggal sebilik.

"Kami bersyukur menamatkan pengajian di IPDA dan memulakan tugas sebagai guru pada 4 September lalu," katanya ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Ke-13 Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Mereka berdua adalah antara 5,725 graduan yang menamatkan pengajian serta latihan perguruan di 27 IPG kampus dan English Language Teaching Centre (ELTC) menerima pengiktirafan melalui penganugerahan ijazah, diploma dan sijil.

Sementara itu,Ummu Najwa berkata, kerjaya dalam bidang perguruan menjadi sebati dalam keluarga mereka berikutan kakak sulong, Fatin Nabihah,30, juga seorang warga pendidik di Kolej Vokasional Balik Pulau, Pulau Pinang.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ing-susah-nak-pisah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.347129 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list