View: 5726|Reply: 0
|
[Melaka]
Bumbung sekolah dibadai ribut, persediaan kelas percubaan SPM terjejas
[Copy link]
|
|
KEADAAN bumbung sekolah yang rosak akibat ribut. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad
Melaka: Persediaan Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah untuk pelajarnya menghadapi peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Isnin ini, terjejas selepas bumbung bangunan di sekolah itu rosak akibat dibadai ribut petang tadi.
Dalam kejadian 2.40 petang itu, angin kuat disusuli hujan lebat menyebabkan struktur bumbung tujuh blok bangunan yang menempatkan kelas dan pentadbiran sekolah rosak teruk.
Pengetua SMK Munshi Abdullah Ramli Abdullah berkata, daripada tujuh blok sekolah itu, satu daripadanya menempatkan pejabat pentadbiran, dua bilik guru dan lapan kelas yang disiapkan untuk peperiksaan percubaan SPM, mengalami kerosakan lebih 80 peratus.
"Mengenai peperiksaan percubaan SPM, kita akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri, mungkin masih boleh digunakan bangunan yang tidak rosak.
"Jika keadaan selamat kita akan teruskan dan mungkin sebahagian pelajar direhatkan sementara, itu terpulang kepada jabatan kerana saya tidak boleh mengeluarkan arahan sebelum perbincangan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekolah itu, hari ini.
Dalam pada itu, Ramli bersyukur kejadian itu tidak membabitkan kemalangan jiwa kepada pelajar mahupun guru dan kakitangan sekolah.
"Ketika kejadian, ada kira-kira 10 guru dan pelajar Tingkatan Enam di kawasan sekolah, namun mereka sempat menyelamatkan diri.
"Pelajar asrama juga balik hari ini, jadi mereka terselamat daripada kejadian itu," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, Kerk Chee Yee yang turut meninjau kejadian berkata, beliau sudah mengarahkan agensi berkaitan untuk membuat penilaian sekali gus mempercepatkan proses pembaikan kerosakan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... cubaan-spm-terjejas |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|