View: 1515|Reply: 0
|
Klopp masih tak puas hati
[Copy link]
|
|
JURGEN Klopp percaya prestasi pasukannya boleh ditingkatkan lagi. FOTO Agensi
London: Kemenangan 3-0 Liverpool ke atas Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield masih tidak memuaskan hati pengendali pasukan, Jurgen Klopp.
Jelas jurulatih dari Jerman itu, masih banyak ruang dan kelemahan yang perli diperbaiki oleh barisan pemainnya biarpun berjaya melakar kemenangan agak selesa dalam aksi itu.
"Jika anda buru kemenangan, ia jelas satu tugas yang berbeza tetapi jika anda berada dalam kawalan sepenuhnya maka anda harus kekal dalam kawalan.
"Saya fikir menuju lima minit terakhir babak pertama, tiba-tiba kami agak bertahan dan mereka mendapatkan bola dari segenap arah jadi ini adalah detik yang perlu kami perbaiki.
"Dalam situasi perlawanan seperti ini yang memerlukan kreativiti, pemain perlu meningkatkan potensi mereka dan kami seharusnya menggunakan kelebihan itu dengan sepenuhnya," katanya.
Diogo Jota dan Darwin Nunez menjaringkan gol dalam tempoh empat minit sebelum rehat untuk meletakkan Liverpool di depan mengatasi lawan.
Ayam tambatan The Reds, Mohamed Salah menjaringkan gol kelapannya musim ini pada separuh masa kedua sekali gus menghadiahkan tiga mata penuh buat pasukannya.
Menerusi kejayaan itu, ia adalah kemenangan kelima di Anfield musim ini dan yang kelapan berturut-turut dalam semua pertandingan dan mengekori pendahulu, Tottenham yang hanya dibezakan tiga mata di belakang dengan 23 mata daripada 10 aksi setakat ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... masih-tak-puas-hati |
|
|
|
|
|
|
| |
|