CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1884|Reply: 0

[Selangor] Lelaki tak sedar diri dengan kesan bekas bara dalam kereta

[Copy link]
Post time 30-10-2023 11:47 AM | Show all posts |Read mode

Keadaan mangsa yang ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta di Setia Alam, semalam.

SHAH ALAM – Seorang lelaki diselamatkan selepas tidak sedarkan diri dalam kereta jenis Perodua Myvi di hadapan sebuah pasar raya di bandar Setia Alam di sini semalam.

Kejadian menimpa lelaki berusia 28 tahun itu disedari orang awam kira-kira pukul 7.54 malam dengan terdapat bekas bara dalam kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa berasal dari Kota Bharu, Kelantan dengan kereta tersebut adalah milik kakak iparnya.

Katanya, mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian pemandu dalam kenderaan itu.

“Tindakan pantas daripada semua pihak telah berjaya menyelamatkan mangsa dan telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk diberi rawatan selanjutnya.

“Mangsa kini dilaporkan lemah namun stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, tiada sebarang unsur jenayah di dalam kes itu dengan pemeriksaan tubuh badan mangsa mendapati tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal yang lain.

“Bekas bara dan sampel yang ditemui dalam kenderaan mangsa akan dihantar ke jabatan kimia untuk tindakan selanjut dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan termasuk sebarang unsur cubaan membunuh diri,” ujarnya.

Justeru kata Mohd. Iqbal, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menyalurkannya kepada Ketua Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam iaitu Inspektor Izzman Mohd. Idrus ditalian 013-4003355. – KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... -bara-dalam-kereta/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.244435 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list