CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1062|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Berhenti jadi rider kerana isu Palestin, kini jual nasi lemak

[Copy link]
Post time 30-10-2023 04:49 PM | Show all posts |Read mode

NASI lemak diagihkan secara percuma hasil infaq orang ramai. FOTO ihsan Humaidi Aminudin

Kuala Lumpur: "Ini inisiatif saya sendiri untuk boikot produk Israel." Demikian kata Humaidi Aminudin, 27, yang nekad berhenti kerja sebagai penghantar makanan di sebuah restoran makanan segera di Dataran Pahlawan, Melaka dan memilih menjual nasi lemak.

Menurutnya yang sudah hampir enam tahun bekerja di syarikat itu berkata, keputusan dibuat bersama isteri selain menyifatkan ia adalah yang terbaik.

"Saya nekad dan tawakal dengan keputusan ini. Saya yakin dan percaya setiap usaha dengan niat yang betul, Allah pasti tolong.

"Ini juga keputusan sendiri. Saya tak nak bersubahat dengan apa yang dibuat Israel terhadap Palestin sekarang. Pada mulanya isteri macam berat hati juga ditambah dengan komitmen sedia ada, tapi saya cakap kalau niat betul insya-Allah ada rezeki," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia juga sentiasa percaya banyak lagi punca rezeki lain biarpun terpaksa melepaskan peluang pekerjaan sedia ada ini.

"Alhamdulillah, keluarga juga sokong keputusan dibuat. Kalau pendapat orang luar pula adatlah sekiranya ada yang cakap sebaliknya, mereka tidak ada di tempat kita. Hati kita orang tak tahu.

"Walaupun pendapatan tak menentu dan bergantung pada pesanan, tapi dalam seminggu bolehlah dapat antara RM450 hingga RM700 seminggu. Bagi saya, banyak lagi punca rezeki, janji kena rajin," katanya.

Sementara itu, isterinya, Shafiya Lyanis Shah Jehan, 27, berkata, mereka mula menjual nasi lemak pada 26 Oktober lalu dan kian mendapat sambutan selepas dikongsikan banyak pihak di media sosial.

"Pada mulanya kami nak jual laksa laksam tapi susah nak berniaga pada waktu tengah hari dan petang sebab ada anak kecil. Nak tinggalkan pada mentua, mereka tak berapa sihat. Akhirnya ambil keputusan menjual nasi lemak pada waktu pagi.

"Memang tak menjangka hantaran saya di Facebook boleh tular pula selepas ramai yang berkongsi. Sejak itu permintaan sangat banyak termasuk ada yang buat infaq dan mendoakan yang baik-baik buat kami. Begitu juga dengan yang bukan Islam apabila ramai mesej dan komen positif.

"Saya dan suami memang terkejut tapi dalam masa sama sangat bersyukur. Sasaran awal nak jual 50 bungkus sehari pun sudah okay. Asal lepas buat bayar komitmen yang ada.

"Hari pertama terjual lima bungkus dan seterusnya 21 bungkus. Selepas tular, sekarang jumlah orang yang buat infaq nencecah 1,400 bungkus," katanya yang berniaga di perhentian bas Taman Alai Indah, Melaka.

Menurutnya, hasil infaq orang ramai dihantar ke masjid dan tahfiz .
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ini-jual-nasi-lemak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.712697 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list