View: 923|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Tipu pembinaan rumah, buruh didenda RM5,000
[Copy link]
|
|
Foto hiasan.
REMBAU: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Rembau selepas gagal menyiapkan pembinaan sebuah rumah milik seorang wanita sehingga kerugian RM10,421.
Nik Nur Aizuddin Suhaimi, 34, mengaku bersalah sebaik pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa secara tidak jujur mendorong wanita berkenaan menyerahkan wang tunai RM35,000 bagi tujuan pembinaan rumah, namun gagal menyiapkannya sehingga menyebabkan mangsa kerugian.
Kesalahan dilakukan antara 22 Mei hingga 16 Jun lalu di Kampung Baru Batu Hampar, Rembau.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Majistret menetapkan hukuman denda RM5,000 dan penjara 15 bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda.
https://www.bharian.com.my/berit ... uruh-didenda-rm5000 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|