View: 826|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Ibu dakwa anak didera suami, minta buka semula kertas siasatan
[Copy link]
|
|
KELLY (tiga dari kiri) dan Yew ketika sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Teratai, hari ini. FOTO Suharmin Yusuf
Kuala Lumpur: Ibu kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang disyaki didera bapa kandung berharap kertas siasatan dapat dibuka semula untuk memberi keadilan kepada anaknya.
Kelly Cheong Pooi San, 41, berkata, kejadian itu berlaku awal Januari 2022 dan dia sudah membuat laporan polis setelah anaknya mengadu bahagian perut dan alat sulitnya sakit selepas dibawa keluar oleh suaminya.
Menurutnya, anaknya turut dibawa ke unit rawatan psikiatri kanak-kanak untuk rawatan lanjutan.
"Apabila diperiksa lebih lanjut oleh doktor pakar psikiatri, tingkah laku anaknya menunjukkan terdapatnya kesan penderaan.
"Sejak Januari 2022, saya sudah membuat enam laporan polis dan terbaharu pada 17 September lalu namun tiada apa-apa perkembangan berkenaan siasatan sehingga hari ini," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (Dun) Teratai, di sini, hari ini.
Kelly berkata, suaminya juga pernah ditahan polis namun dibebaskan selepas itu.
Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Negeri (Adun) Teratai, Yew Jia Haur, berkata, pihaknya sudah mengusulkan perkara ini kepada pihak berwajib untuk membuka semula kertas siasatan baru.
"Kami juga sudah menulis surat terbuka kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bertarikh 26 Oktober lalu berkenaan status siasatan laporan polis itu.
"Setelah mendapat respons, kami akan mengambil tindakan lanjut untuk membantu Puan Kelly dan menegakkan keadilan untuk anaknya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ula-kertas-siasatan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|