CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 884|Reply: 0

[Perak] Bapa tumbuk, tendang anak kandung direman tujuh hari

[Copy link]
Post time 31-10-2023 05:44 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

GERIK – Lelaki yang ditahan kerana menumbuk dan menendang anak kandungnya hingga mengalami kecederaan tisu lembut dalam kejadian di Kampung Perah di sini kelmarin, direman tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, perintah tahanan reman ke atas lelaki berusia 37 tahun itu bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Katanya, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana cuai dan pengabaian kanak-kanak.

“Suspek telah ditangkap semalam dan perintah tahanan reman ke atas lelaki itu diperoleh selama tujuh hari.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian sebelum kertas siasatan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwaan Raya,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 5 petang kelmarin, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun mengalami kecederaan di bahagian belakang badan selepas dipukul bapanya.

Suspek yang datang ke rumah iparnya itu telah menumbuk dan menendang anaknya beberapa kali selain bertindak agresif dengan melibas parang yang ada di tangannya hingga hampir terkena mangsa.

Berdasarkan siasatan, kanak-kanak itu dibawa ibu saudaranya yang berusia 35 tahun ke rumah wanita itu Sabtu lalu pada pukul 6 petang untuk menyambut hari lahir mangsa. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... direman-tujuh-hari/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.055752 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list