CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3664|Reply: 0

Red Devils terjerumus ke lembah paling gelap

[Copy link]
Post time 4-11-2023 08:46 AM | Show all posts |Read mode
Red Devils terjerumus ke lembah paling gelap




TEN HAG yakin boleh membantu pasukan untuk kembali ke prestasi sebenar selepas tewas 3-0 kepada Newcastle pada saingan EFL musim ini.


MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag tanpa berselindung mengakui pasukan itu berada dalam situasi sukar selepas tersingkir daripada saingan Piala Liga Inggeris (EFL) musim ini.

Pada aksi pusingan keempat yang berlangsung di Old Trafford awal pagi semalam, skuad The Red Devils mendapat pengajaran berguna apabila tewas 0-3 kepada satu lagi pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United.

Ten Hag berkata, walaupun mereka berada dalam situa­si sukar, namun ia tidak menjadi penghalang untuk beliau mengembalikan maruah United kerana menganggap dirinya sebagai seorang pejuang.

“Saya seorang pejuang, jadi saya sangat faham apabila keputusan tidak memihak kepada kami, namun ia dianggap sebagai proses. Bagaimanapun, saya yakin saya boleh membantu pa­sukan untuk kembali ke prestasi sebenar.

“Saya pernah berdepan keada­an seperti ini di semua kelab dan dapat lakukannya dengan baik. Secara jujur, saya mengakui bahawa Uni­ted berada dalam situasi cukup sukar pada ketika ini,” katanya.

Pada perlawanan itu, Newcastle yang berada pada prestasi terbaik ketika ini berjaya menja­ringkan tiga gol menerusi Miguel Almiron, Lewis Hall dan Joe Willock, sekali gus membawa mereka ke suku akhir.

“Ini adalah aksi di bawah standard sebenar United dan memang tidak bagus. Saya ambil tanggungjawab atas kekalahan ini dan tidak ada cara lain selain meningkatkan tahap permainan pasukan,” tambah Ten Hag. – AGENSI





Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... embah-paling-gelap/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.042743 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list