CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4610|Reply: 0

Newcastle benam United untuk mara ke suku akhir Piala EFL

[Copy link]
Post time 4-11-2023 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Newcastle benam United untuk mara ke suku akhir Piala EFL


WILLOCK meraikan jaringan bersama rakan-rakan sepasukan ketika membantu Newcatles menewaskan United 3-0 pada aksi EFL di Stadium Old Trafford awal pagi semalam.



MANCHESTER – Pengurus Newcastle United, Eddie Howe berharap pasukannya dapat memperbaiki pencapaian musim lalu selepas melangkah ke pusingan suku akhir dalam saingan Piala Liga Inggeris (EFL).

The Magpies meneruskan kemaraan dalam saingan EFL selepas menampilkan aksi terbaik ketika mencatat kemenangan 3-0 ke atas Manchester United pada perlawanan pusingan keempat di Old Trafford awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Newcastle memastikan kemenangan ke atas skuad The Red De­vils menerusi tiga jaringan yang dilakukan Miguel Almiron, Lewis Hall dan Joe Willock.

“Satu aksi yang cukup baik daripada semua pemain pada perlawanan hari ini (semalam). Saya gembira dengan mentaliti ditunjukkan pemain-pemain sejak dari awal hingga tamat perlawanan walaupun ada pemain berdepan kecederaan.

“Saya percaya jika pemain-pemain tidak menunjukkan komitmen, tidak mungkin kami boleh mencatat kemenangan ini. Old Trafford bukanlah tempat yang mudah untuk datang dan menjaringkan gol,” katanya.

Kemenangan ke atas United itu boleh dianggap sebagai misi balas dendam memandangkan mereka tewas 0-2 kepada skuad kendalian Erik ten Hag di perlawanan akhir EFL, sekali gus menyaksikan Newcastle hanya muncul naib juara.

“Saya percaya aksi suku akhir nanti akan menjadi lebih sukar, namun saya meletakkan harapan untuk kami memperbaiki pencapaian musim lalu. Sekarang kami perlu kembalikan fokus bagi menghadapi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL),” ujar Howe. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... ku-akhir-piala-efl/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.198402 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list