CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2969|Reply: 0

Rashford sudah minta maaf - Ten Hag

[Copy link]
Post time 4-11-2023 11:48 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Manchester United, Marcus Rashford bermula di bangku simpanan ketika aksi Piala Liga menentang Newcastle United. - Foto AGENSI

MANCHESTER: Pengendali Manchester United, Erik ten Hag berkata Marcus Rashford sudah meminta maaf kerana berhibur di kelab malam selepas kekalahan 3-0 kepada Manchester City hujung minggu lalu.

Kemerosotan prestasi Rashford menjadi faktor utama United mengharungi permulaan musim yang memalukan.

Pemain England itu meledak 30 gol untuk kelabnya musim lalu, tetapi hanya sekali menemui sasaran dalam 14 penampilan musim ini.

United tewas lapan daripada 15 perlawanan pertama dalam semua pertandingan - permulaan paling buruk sejak musim 1963-63.


Tekanan ke atas Ten Hag semakin memuncak selepas kekalahan kepada City di Old Trafford disusuli dengan penyingkiran daripada Piala Liga - hasil kekalahan 3-0 di tangan Newcastle.

Rashford memulakan perlawanan itu di bangku simpanan.

"Saya ada bercakap dengannya (Rashford). Ia tidak boleh diterima, saya memberitahunya, dia meminta maaf dan itu sahaja. Selebihnya adalah hal dalaman.

"Dia bersemangat untuk memperbetulkan keadaan. Saya tahu dia sedang berusaha. Dia melakukan kesilapan, tetapi tidak bermakna dia tidak bersama kami," kata Ten Hag.

United akan bertandang ke Fulham untuk aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu sebelum pertemuan penting Liga Juara-Juara Eropah di FC Copenhagen pada pertengahan minggu. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... -minta-maaf-ten-hag
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.085016 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list