CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5864|Reply: 0

Kejayaan ke final sangat bermakna - Tommy

[Copy link]
Post time 4-11-2023 01:19 PM | Show all posts |Read mode

STEINBRUCKNER meraikan kejayaan Terengganu pada perlawanan mara ke final Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Pengendali Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner meluahkan nada gembira apabila pemainnya berjaya melepasi halangan berliku dengan menyingkirkan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) sebelum mara ke pentas final Piala Malaysia musim ini.

Jelas pengendali kelahiran Croatia itu, kejayaan itu begitu bermakna buat diri serta pasukannya lebih-lebih lagi beliau baharu mengambil alih tugas membimbing skuad Penyu itu bermula Januari lalu.

Katanya, kemenangan itu juga berjaya menebus kembali kehampaan apabila ditumpaskan skuad The City Boys itu pada aksi separuh akhir Piala FA Jun lalu di tempat sendiri sekali gus menyaksikan ketika itu Terengganu kempunan untuk melangkah ke pentas final buat kali kedua berturut-turut.

Bagaimanapun jelas bekas pemain tengah kelab Singapore Armed Forces Football Club (SAFFC) musim 1999 itu, kejayaan itu tidak datang bergolek sebaliknya anak buahnya melalui perjalanan yang begitu sukar bermula perlawanan pertama lagi sehinggalah ke peringkat separuh akhir sebelum mara untuk merebut piala berprestij itu menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 9 Disember depan.



Tambah jurulatih yang lebih mesra dipanggil 'Tommy' itu, pujian wajar diberikan kepada anak buahnya yang bekerja keras sepanjang musim ini lebih-lebih lagi dengan jadual perlawanan yang begitu padat termasuk aksi dalam saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

"Perlawanan separuh akhir kedua pada malam ini (malam tadi) bukan mudah sebaliknya ia penuh berliku, perlawanan pertama kami menang 2-1 di tempat lawan manakala malam ini kami layak ke final dengan jaringan yang sama.

"Ini kerana skuad lawan begitu kuat dan liat untuk ditewaskan, anda lihat mereka ketinggalan pada awal akhirnya pasukan itu bangkit menjaringkan gol sekali gus sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada pemain kami.

"Namun saya begitu bangga dengan semangat juang yang tinggi dan kerja keras pemain bermula babak awal permainan lagi, mereka berusaha untuk memburu seberapa banyak jaringan kerana sedar lawan pada bila-bila masa sahaja boleh bangkit.

"Tahniah kepada semua pemain, bukan hanya kepada Ivan Mamut, ini juga hadiah mereka kepada para peminat yang sentiasa memberi sokongan padu bukan sahaja di tempat sendiri malah juga di stadium lawan, saya begitu gembira, ini bagus buat bola sepak Terengganu dan Malaysia," katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan malam tadi.

Pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam tadi yang berpihak tuan rumah 2-1, penyerang sensasi Terengganu, Ivan Mamut membuktikan sentuhannya begitu berbisa selepas berjaya meledak dua gol pada setiap babak manakala gol sagu hati pelawat dijaringkan Romel Morales pada babak kedua.

Kemenangan itu menyaksikan TFC mara ke final dengan agregat 4-2.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ngat-bermakna-tommy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.035851 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list