View: 2258|Reply: 0
|
[Johor]
Penjawat awam putih mata RM206,000 diperdaya 'phone scam'
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Batu Pahat: Seorang penjawat berputih mata apabila kerugian RM206,000 selepas diperdaya sindiket 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai polis dan wakil syarikat penghantar barang, bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata pada 5 Oktober lalu, wanita berusia 49 tahun menerima panggilan daripada seseorang menyamar pegawai syarikat penghantar barang memaklumkan terdapat satu bungkusan atas namanya.
Beliau berkata, pegawai terbabit kemudian memaklumkan bungkusan itu mengandungi bahan terlarang sebelum disambungkan kepada seorang pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.
"Suspek memberitahu mangsa, bungkusan itu ada kaitan dengan kes penggubahan wang haram serta nama mangsa didapati memiliki rekod jenayah.
"Mangsa diarahkan membuat pindahan wang sebanyak RM54,000 ke dalam akaun milik individu lain bagi mengelakkan akaunnya dibekukan," katanya dalam kenyataan.
Ismail berkata, pada masa sama, mangsa juga diarahkan menyediakan RM200,000 dalam akaun bank sebagai jaminan bagi mengelakkan dia dituduh terbabit dalam aktiviti penggubahan wang haram.
Katanya, mangsa seolah-olah mempercayai apa yang dikatakan suspek, sebelum menyerahkan maklumat peribadi perbankan bagi tujuan itu.
"Mangsa membuat semakan dengan pihak bank dan terkejut apabila mendapati berlaku pindahan wang sebanyak RM152,000 secara berperingkat tanpa pengetahuan mangsa.
"Berikutan itu, mangsa berasa tertipu akhirnya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, semalam untuk tindakan lanjut," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iperdaya-phone-scam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|