View: 2215|Reply: 0
|
Arteta berang, anggap keputusan pengadil 'memalukan'
[Copy link]
|
|
ARTETA tidak berpuas hati dengan jaringan yang dihasilkan Newcastle. FOTO Reuters
London: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata beliau berasa 'malu' dan 'geram' selepas gol kontroversi Anthony Gordon dalam kemenangan 1-0 Newcastle di tempat sendiri ke atas pasukannya.
Beliau memberikan kritikan pedas terhadap pegawai perlawanan dan standard Liga Perdana Inggeris (EPL).
Gol itu dibenarkan selepas penilaian Video Bantuan Pengadil (VAR) selama empat minit dan enam saat untuk memeriksa sama ada bola terkeluar dari permainan atau terdapat kekasaran dan ofsaid.
"Bagaimana jaringan ini boleh disahkan?," kata Arteta pada permulaan sidang media dengan penuh emosi selepas perlawanan.
"Ia memalukan dengan apa yang berlaku. Bagaimana matlamat gol ini boleh disahkan ini dalam EPL - liga ini yang kita katakan adalah terbaik di dunia.
"Saya sudah 20 tahun di negara ini dan sekarang saya berasa malu. Ia memalukan. Ia tidak cukup baik. Saya berasa malu untuk menjadi sebahagian daripada ini."
Gordon memecah kebuntuan dalam permainan yang sudah hangat pada minit ke-64, merembat melepasi penjaga gol Arsenal, David Raya dari jarak dekat selepas pergelutan di depan pintu gol.
"Ia memalukan. Itulah yang saya rasa dan itulah yang dirasakan semua orang di dalam bilik (persalinan) ini," tambah pengendali kelahiran Sepanyol itu.
Kekalahan itu adalah yang pertama buat Gunners dalam liga musim ini dan meninggalkan mereka di tempat ketiga, tiga mata di belakang pendahulu Manchester City dan dua mata daripada Tottenham Hotspur yang bermain pada hari Selasa
Ditanya sama ada dia akan bercakap dengan Arteta memberitahu Sky Sports, beliau akan membawa insiden berkenaan kepada badan pengadil Lembaga Pegawai Rasmi Profesional Perlawanan (PGMOL).
Bos Newcastle, Eddie Howe berpendapat keputusan yang tepat dibuat oleh pengadil dan jaringan itu harus disahkan.
"Kami berada dalam kesamaran, kami berdiri di tepi padang melihat VAR pada skrin tetapi tanpa gambar. Saya tidak melihat apa-apa selain daripada apa yang saya lihat pada masa itu. Ia kelihatan gol yang baik kepada saya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -pengadil-memalukan |
|
|
|
|
|
|
| |
|