CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2126|Reply: 0

Fluminense julang trofi sulung Libertadores

[Copy link]
Post time 5-11-2023 12:06 PM | Show all posts |Read mode

FLUMINENSE meraikan kejayaan memenangi Copa Libertadores. FOTO AFP

Rio De Janeiro: Kelab Brazil, Fluminense menewaskan Boca Juniors dari Argentina 2-1 dalam aksi yang diheret ke masa tambahan untuk memenangi Copa Libertadores buat kali pertama hasil jaringan kemenangan John Kennedy pada minit ke-99 di Maracana.

Penyerang Argentina, German Cano memberikan Fluminense gol pendahuluan pada minit ke-36 tetapi Luis Advincula menyamakan kedudukan untuk pasukan Jorge Almiron pada separuh masa kedua dengan percubaan jarak jauh.

Rembatan Kennedy yang tidak dapat dihalang membolehkan Fluminense kembali di depan pada masa tambahan, walaupun dua minit kemudian penyerang itu dibuang padang kerana meraikan jaringan secara berlebihan yang menyebabkan dia dilayangkan kad kuning kedua.

Sebelum tamat separuh masa pertama masa tambahan pergaduhan berlaku apabila Frank Fabra dari Boca menampar kapten Fluminense, Nino yang menyebabkan dia dibuang padang.



"Saya mendapatkan jaringan untuk dihadiahkan kepada anak saya, Lorenzo. Saya boleh memberitahunya sekarang bahawa saya adalah juara Libertadores," kata Cano.

"Saya mahu mendedikasikan gelaran ini kepada keluarga, pasukan, pengarah kami dan peminat. Ia adalah impian yang kami mahu capai sejak perlawanan pertama," tambahnya.

Fernando Diniz, yang juga jurulatih sementara Brazil, akhirnya meraih trofi setara dengan Liga Juara-Juara di Eropah selepas pasukannya tewas pada perlawanan akhir 2008.

"Kami mempunyai banyak peluang hari ini tetapi akhirnya kami gagal memanfaatkannya," kata penjaga gol Boca, Sergio Romero.

Boca mensasarkan untuk merangkul mahkota Libertadores yang ketujuh tetapi tewas pada tiga perlawanan akhir terakhir selepas kekalahan pada 2012 dan 2018.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... sulung-libertadores
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.102487 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list