View: 1793|Reply: 0
|
[Johor]
Padah ugut wanita didakwa punca 'pesta gelek' dibatalkan
[Copy link]
|
|
Kluang: Lelaki dipercayai mengugut wanita yang didakwanya menjadi punca pembatalan pesta makan yang bertukar menjadi pesta gelek, di Simpang Renggam, baru-baru ini, ditangkap polis.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek, 49, ditangkap di Pekan Jabi, Segamat, 1 November lalu.
Katanya, suspek bukan penganjur dan siasatan sedang dilakukan bagi mengenal pasti peranan suspek sama ada sebagai peniaga ataupun samseng upahan.
"Polis menerima laporan daripada seorang perempuan yang diugut melalui panggilan telefon oleh seorang lelaki tidak dikenali.
"Suspek mengatakan pengadu menjadi punca pembatalan karnival yang dibuat dengan memuat naik satu video yang telah menjadi tular di aplikasi media sosial.
"Berikutan laporan tersebut, pada 2.15 petang sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan Segamat membuat tangkapan ke atas suspek," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan Negeri Johor.
Terdahulu, media melaporkan peniaga Jelajah Makan Johor bengang dengan tindakan penganjur yang membiarkan 'aksi gelek' mencemari karnival itu sehingga ia dibatalkan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ta-gelek-dibatalkan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|