CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1100|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tiada kecederaan, kejadian tidak diingini banjir kilat di Subang Parade

[Copy link]
Post time 6-11-2023 10:36 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN pusat beli-belah Subang Parade yang dinaiki air akibat banjir kilat. FOTO Aziah Azmee

Kuala Lumpur: Syarikat pengurusan bangunan Subang Parade di Subang Jaya, Hektar Property Services Sdn Bhd mengesahkan tiada kecederaan dan insiden tidak diingini dilaporkan berlaku dalam banjir kilat yang melanda tingkat bawah tanah pusat beli-belah itu, dekat sini hari ini.

Dalam satu kenyataan malam ini, syarikat itu berkata, ia sedang aktif menangani keadaan itu dan memastikan keselamatan pembeli dan pengunjung bangunan berkenaan.

"Kami memahami kesulitan yang mungkin timbul akibat banjir dan kami memohon maaf jika ada sebarang gangguan. Kami sedang berusaha untuk memulihkan keadaan di Subang Parade kembali kepada seperti sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.39 malam tadi sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya berserta sebuah jentera "Fire Rescue Tender"(FRT) dikejarkan ke lokasi.

"Setibanya di lokasi kami mendapati berlaku banjir di bahagian tingkat bawah tanah setinggi satu kaki (30 sentimeter) dan trend air telah mula surut. Banjir turut melibatkan sebuah kedai elektrik yang berada di bahagian tingkat bawah tanah, namun tidak melibatkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... at-di-subang-parade
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.094921 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list