CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1153|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Trauma dicabul 'ayahanda' miang

[Copy link]
Post time 6-11-2023 10:37 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR Hiasan

Kuala Lumpur: Penghidap barah payu dara trauma selepas menjadi mangsa gangguan seksual majikan yang juga seorang figura bergelar 'ayahanda' di Selangor.

Ana, 49, berkata, dia mengenali lelaki yang berusia 70-an apabila pernah bekerja di syarikat membekal buruh asing milik lelaki itu pada 2021 namun meletakkan jawatan berikutan masalah kesihatan dialami anaknya.

Katanya, ketika itu lelaki itu memang sudah dikenali dalam kalangan pekerja dengan sifatnya yang 'gatal' kerana sering bercakap perihal lucah namun ia dianggap sebagai 'gurauan orang tua'.

"Sejak tahun lalu saya mula bekerja semula dengan lelaki itu tetapi sebagai setiausaha di sebuah persatuan Islam dan dia sebagai pengerusi. Saya mulanya berasakan lelaki itu tidak berani membuat perkara bukan-bukan atas nama persatuan.



"Malangnya tabiat miang lelaki itu masih sama, dia cuba pegang tangan, dagu dan bahagian belakang namun saya sering menjauhkan diri dan mengelak daripada berada berdua di pejabat.

"Namun sekitar Mei, lelaki itu lebih agresif dan bertindak meraba buah dada saya daripada belakang ketika di pejabat," katanya kepada Harian Metro.

Ana yang berasakan maruahnya dipermainkan lantas membuat laporan kepada polis malah meminta rakan sekerja yang juga didakwa sering diserang secara seksual oleh suspek untuk melaporkan perkara itu.

Katanya, pada mulanya dia berasa takut untuk membuat laporan namun atas sokongan rakan dan ahli persatuan lain dia memberanikan diri untuk tampil.

Bagaimanapun katanya, rata-rata rakan sekerja enggan membuat laporan kerana menganggap lelaki itu seperti 'bapa-bapa' atau 'datuk-datuk' malah ada yang menganggap perbuatannya tidak lebih dari gurauan.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi Malaysia) Datuk Norashikin Abd Ghani berkata, pihaknya ada menerima beberapa aduan berhubung gangguan seksual daripada ayahanda-ayahanda.

"Kita percaya ada ramai mangsa gangguan seksual membabitkan golongan ayahanda kerana senario itu memang wujud dalam organisasi tertentu.

"Namun, kebanyakan mereka tidak berani tampil atas beberapa alasan termasuk mahu menjaga air muka ayahanda itu, takut diugut, dan dibuang daripada organisasi," katanya ketika ditemui, di sini.

Norashikin berkata, perkara seumpama itu tidak seharusnya berlaku memandangkan individu yang bergelar ayahanda sepatutnya bertanggungjawab menjaga anak buahnya terutama golongan wanita.

"Mereka ini bukan sahaja memegang jawatan sebagai ketua organisasi tetapi juga membawa imej pertubuhan diwakili yang berteraskan agama Islam. Tidak sepatutnya perkara sebegitu berlaku.

"Justeru, mana-mana wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual kepada ayahanda-ayahanda ini diminta tampil membuat aduan dan laporan supaya pelakunya boleh diambil tindakan mengikut lunas undang-undang," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... abul-ayahanda-miang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.091995 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list