CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1885|Reply: 0

Benam Fulham, isyarat pemain Man United masih sokong Ten Hag

[Copy link]
Post time 6-11-2023 11:11 AM | Show all posts |Read mode

KAPTEN Manchester United, Bruno Fernandes (tengah) meraikan jaringan kemenangan bersama rakannya ketika menentang Fulham di Craven Cottage.-IHSAN FB MAN UNITED




LONDON: Erik Ten Hag menegaskan para pemain Manchester United masih menyokongnya sebagai pengendali kelab berkenaan selepas mereka meraih kemenangan 1-0 di Fulham, semalam.

Jaringan kemenangan yang dihasilkan oleh kapten, Bruno Fernandes di Craven Cottage mengembalikan semangat United selepas permulaan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) yang memalukan.

“Hari ini kami bertambah baik. Setiap perlawanan anda perlu tampil dengan sikap dan tahap begini. Perlu menunjukkan kesungguhan, keinginan untuk menang dan keazaman.

“Kami sentiasa menilai dari perlawanan ke perlawanan. Minggu ini kami tidak gembira dengan standard persembahan kami dan kemudiannya kami bangkit secara bersama.

“Kemenangan ini akan menjadi asas. Ia satu kemenangan yang bagus, dengan persembahan mantap. Tetapi kami sedar yang kami perlu menang setiap perlawanan,” kata Ten Hag.

Kedudukan Fernandes sebagai ketua pasukan juga pernah dipersoalkan, tetapi Ten Hag berkata, dia tidak pernah menyesal melantik pemain antarabangsa Portugal itu sebagai kapten.

“Sejak saya melantiknya sebagai kapten, dia sering melakukan perkara begini. Dia memberikan contoh terbaik. Dia bertanggungjawab sepanjang masa, mahukan bola dan mencipta peluang,” kata Ten Hag.

Dalam pada itu, Ten Hag turut menjelaskan yang Harry Maguire berada dalam keadaan baik selepas pemain pertahanan itu terkena hentakan di kepala.

“Dia bermain dalam perlawanan yang penting, persembahan yang baik. Dia menunjukkan kepimpinan ketika menyerang dan bertahan. Saya berpuas hati,” katanya. – AGENSI
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... sih-sokong-ten-hag/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.110017 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list