View: 1426|Reply: 0
|
[Johor]
Penjawat awam rugi hampir RM300,000 ditipu pelaburan bitcoin
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
BATU PAHAT – Seorang pesara penjawat awam kerugian sebanyak RM299,373.40 selepas percaya dengan pelaburan yang kononnya memberi pulangan lumayan diiklankan melalui Facebook.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian bermula pada April tahun ini apabila mangsa yang juga seorang wanita berusia 62 tahun membuat urusan dengan seorang lelaki.
Katanya, urusan dengan menggunakan aplikasi Facebook dan WhatsApp dilakukan kerana mangsa berminat untuk menyertai pelaburan bitcoin yang menggunakan nama Syarikat Bitcoin Yoamax.
“Untuk tujuan itu, mangsa memulakan pelaburan sebanyak RM35,320 melalui tujuh transaksi akaun bank berbeza secara berperingkat, menyerahkan data peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan selain maklumat perbankan untuk urusan berkenaan serta memuat turun aplikasi Yoamax.
“Mangsa kemudiannya dihubungi kononnya telah mendapat keuntungan daripada pelaburan awal namun diminta untuk memasukan wang berjumlah RM164,417 jika ingin mengeluarkan duit tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Ismail lagi, suspek memberitahu mangsa bahawa wang tersebut akan dikembalikan sekiranya mangsa tidak ada terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.
Ujarnya, penipuan tidak habis disitu apabila mangsa juga dikehendaki memasukan wang berjumlah RM99,636 atas tujuan pembayaran pertukaran wang asing.
Bagaimanapun sehingga hari ini mangsa masih belum mendapat sebarang bayaran serta keuntungan yang dinyatakan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Batu Pahat, semalam. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... -pelaburan-bitcoin/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|