View: 1225|Reply: 0
|
Barca intai layak lebih awal
[Copy link]
|
|
Barca intai layak lebih awal
Barcelona di bawah kendalian Xavi Hernandez perlu lebih konsisten jika mahu meraih keputusan baik dalam liga dan Liga Juara-Juara. – Foto AFP
BARCELONA: Selepas dua tahun gagal pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, Barcelona berpeluang untuk menempah tiket ke pusingan kalah mati menentang Shakhtar Donetsk di Hamburg awal pagi Rabu ini.
Juara Sepanyol itu boleh memastikan kemaraan dengan kemenangan keempat berturut-turut dalam Kumpulan H, sesuatu yang mereka gagal lakukan sejak tahun 2021, apabila mereka tersingkir pada pusingan 16 terakhir di tangan Paris Saint-Germain yang diketuai Kylian Mbappe.
Tidak diragui Barcelona sudah meningkat sejak Xavi tiba pada November tahun itu, memenangi La Liga musim lalu, namun mereka masih bergelut di Eropah dan kekurangan sengat dalam corak permainan mereka.
Dua kemenangan berturut-turut 5-0 ke atas Real Betis dalam La Liga dan Royal Antwerp dalam Liga Juara-Juara pada September menjadi kemuncak persembahan kelab itu setakat ini musim ini namun mereka ternyata gagal bertindak konsisten.
Walaupun mendominasi Shakhtar pada babak pertama ketika menang 2-1 di laman sendiri bulan lalu, kelab Catalunya itu tidak menghukum lawan mereka dan bergelut pada hujung perlawanan ketika kelab Ukraine itu memburu gol penyamaan.
Ia cerita sama bagi aksi Clasico dalam La Liga tiga hari kemudian, kecuali kali ini Jude Bellingham meledak dua gol mengagumkan untuk membantu Real Madrid memenangi perlawanan itu selepas gol pembukaan Ilkay Gundogan.
Sebaliknya, Barcelona menewaskan Real Sociedad 1-0 Sabtu lalu walaupun beraksi teruk, tidak mencipta sebarang peluang hinggalah gol kemenangan Ronald Araujo pada masa kecederaan.
"Bola sepak kadang-kadang terlalu sukar untuk dijelaskan," kata Xavi, mengakui pasukan itu perlu "mengkritik diri sendiri."
Corak permainan Xavi jauh berbanding kemuncak pasukan itu di bawah kendalian Pep Guardiola, ketika beliau menjadi tonggak utama, atau jauh daripada persembahan dinamik, permainan memukau yang menyaksikan mereka memenangi Liga Juara-Juara pada 2015 di bawah tunjuk ajar Luis Enrique.
Jurulatih itu sebelum ini pernah berkata, dalam era moden tidak semestinya perlu dominan seperti ketika zaman permainannya, namun pasukan itu tidak akan berhenti cuba untuk menyamai pencapaian sebelumnya. – AFP
SumbeR:https://www.bharian.com.my/sukan ... ai-layak-lebih-awal
|
|
|
|
|
|
|
| |
|