CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1739|Reply: 0

Rekod tanpa kalah Spurs lebur

[Copy link]
Post time 7-11-2023 07:48 AM | Show all posts |Read mode
Rekod tanpa kalah Spurs lebur

GELAGAT Jackson meraikan gol ketiga Chelsea. FOTO Reuters


London: Tottenham Hotspur gagal merampas kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tewas 1-4 di tempat sendiri kepada Chelsea dalam perlawanan menyaksikan Nicolas Jackson meledak hatrik manakala pasukan tuan rumah berakhir dengan sembilan pemain awal pagi tadi.

Ia kemenangan terbesar buat pengurus Blues, Mauricio Pochettino yang kembali ke Spurs namun dibayangi beberapa insiden membabitkan keputusan VAR, pertelingkahan pemain dan jaringan tidak dibenarkan.

Tottenham yang belum tewas terlebih dahulu di depan minit ke-6 hasil rembatan Dejan Kulusevski yang terkena pertahanan lawan dan beberapa minit kemudian gol Son Heung-min dibatalkan akibat ofsaid.

Pertahanan tengah Cristian Romero dibuang padang selepas VAR mengesahkan kekasaran dilakukan yang membolehkan Cole Palmer menjaringkan penalti dan situasi Spurs bertambah buruk apabila mereka kehilangan seorang lagi pertahanan Micky van de Ven dan perancang James Maddison akibat kecederaan sebelum rehat.

Destiny Udogie dilayangkan kad kuning kedua 10 minit selepas rehat yang menyukarkan tuan rumah memburu kemenangan dan kesempatan itu bijak dimanfaatkn Chelsea menerusi Jackson yang meletakkan pasukannya di depan minit ke-75.

Tottenham hampir menyamakakan kedudukan menerusi pemain gantian Eric Dier tetapi jaringannya dibatalkan akibat ofsaid manakala percubaan Heung-min pada minit akhir diselamatkan Robert Sanchez sebelum Jackson melengkapkan kemenangan Chelsea dengan dua gol lagi pada masa kecederaan.

Kekalahan pertama skuad pengendali dari Australia, Ange Postecoglou dalam saingan EPL menyaksikan Spurs menduduki tangga kedua dengan 26 mata daripada 11 perlawanan, satu mata di belakang juara Manchester City.

Kemenangan keempat Chelsea musim ini membolehkan mereka melonjak ke tangga ke-10 dengan 15 mata.

SUMBER:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-kalah-spurs-lebur

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.059629 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list